Aktiviti


AKTIVITI UTAMA


1.   Pembangunan Usahawan Kraf

Terdapat tiga (3) program utama iaitu:

a)   Program Satu Daerah Satu Industri
  • Membangunkan sesuatu kampung / kawasan sebagai pusat pengeluaran kraf yang menghasilkan produk beridentitikan setempat yang diusahakan secara perniagaan oleh penduduk tempatan; dan 
  • Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dengan penyertaan dalam aktiviti ekonomi mengeluarkan produk kraf yang memberikan pendapatan yang berterusan. 
b)   Program Kraf Warisan Dan Orang Asli
  • Membangunkan pengusaha pengeluar produk kraf warisan supaya menjadi usahawan yang membuat pengeluaran secara komersil. 
c)   Program Pentahapan Usahawan Kraf
  • Menggalakkan pembangunan usahawan kraf dengan pentahapan usahawan dari kategori Enterprise Mikro, Enterprise Kecil dan Enterprise Sederhana, usahawan muda dan usahawan kraf warisan yang berdaya maju tahan supaya mereka menjadi pemangkin dalam pembangunan industri kraf; dan 
  • Membangun produktiviti dan kualiti keluaran produk kraf tempatan dalam sektor utama iaitu tektil, hasil rimba, seramik, kraf etnik dan logam 

2.   Penyelidikan Dan Pembangunan
  • Membimbing dan membangunkan usahawan kraf supaya dapat bergiat dalam pengeluaran kraf secara komersial dan berkeupayaan menjadi pemangkin industri kraf Negara; 
  • Menerajui aktiviti pembangunan rekacipta dan teknikal kajian produk kraf di dalam pelbagai bidang kraf utama iaitu Hasil Rimba, Tekstil, Seramik, Logam, Kraf Batu dan lain-lain; dan 
  • Membantu usahawan kraf mempelbagaikan penghasilan produk kraf yang berkualiti untuk pasaran domestik dan eksport. 

3.   Pasaran Dan Promosi
  • Mempromosikan produk keluaran pengusaha kraf bagi memperkenalkan produk baru dan menggalakkan penjualan kepada pelancong disamping mengesan maklumbalas. 

4.   Pemuliharaan Kraf

Terdapat dua (2) program utama iaitu:

a)   Pemuliharaan Kraf (Interaktif Kraf)
  • Aktiviti yang melibatkan generasi muda khususnya pelajar sekolah, untuk mempelajari teknik pembuatan sesuatu produk kraf, agar generasi ini mengenali kraf tempatan dengan lebih dekat lagi; dan 
  • Memberi pengetahuan dan pendedahan kepada generasi muda akan kepentingan warisan kraf tempatan. 
b)   Pemeliharaan Kraf (Galeri Dan Warisan)
  • Pengumpulan produk-produk warisan yang diletakkan di dalam muzium sebagai produk pameran; dan 
  • Memelihara dan memartabatkan produk-produk kraf warisan yang kaya dengan ciri-ciri tradisional dan melambangkan keunikan kraf tempatan. 

No comments:

Post a Comment