Profail



LATAR BELAKANG


Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah dibuka pada Jun 1987 dengan menyewa bangunan pejabat di Melaka Raya. Pada tahun 1990, sebuah bangunan pejabat dan dua (2) buah bengkel gunasama yang telah siap dibina di tanah milik Kraftangan Malaysia dengan keluasan 3.2 hektar di Kawasan Perindustrian Alor Gajah. Pada tahun 2000 hingga 2003, Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah ditutup buat sementara di mana urusan pentadbiran usahawan kraf di Melaka diuruskan secara terus oleh pihak Ibu Pejabat.

Pengoperasian Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah disambung semula pada Disember 2003 di bangunan pejabat yang sama untuk memberi khidmat kepada usahawan-usahawan kraf negeri Melaka. Bangunan tersebut mempunyai kemudahan prasarana seperti sebuah bangunan pentadbiran, sebuah bangunan pameran, sebuah bangunan kafetaria, sebuah bangunan stor dan tiga (3) buah bangunan bengkel gunasama.

Bagi mempertingkatkan lagi industri kraf di negeri Melaka, pada Oktober 2013 Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah berpindah ke bangunan baru di Ayer Keroh yang dikenali sebagai Kompleks Kraf Melaka. Bangunan baru ini melibatkan pembinaan ke atas tanah seluas 10 ekar. Ini secara tidak langsung akan merancakkan lagi aktiviti promosi Kraftangan Malaysia sejajar dengan Negeri Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan.


SENARAI PENGARAH

1987 - 1987 : Encik Khalid Bin Hashim
1987 - 1989 : Encik Suhilmie Bin Idrus
1989 - 1995 : Encik Abdul Haniff Bin Mohd Nor
1995 - 2000 : Encik Kamal Ruzaman Bin Mera Husin
2000 - 2003 : Tutup
2003 - 2008 : Encik Mat Rasul Bin Sidek
2008 - 2010 : Encik Yazid Bin Parlan
2010 - 2011 : Encik Ahmad Fazil Bin Zakaria
2011 - 2014 : Puan Aididah Binti Ibrahim
2014 -2015 : Puan Hamidah Binti Hassan
2015 - sehingga kini : Encik So'hibul Azri Bin Ahmad



BIDANG KRAF

·         Tekstil ( Batik, Tenun, Songket, Songkok, Jahitan )
·         Logam ( Piuter, Senjata )
·         Hasil Rimba ( Ukiran Kayu, Anyaman Rotan, Anyaman Mengkuang )
·         Hasil Tanah ( Seramik )
·         Anika Kraf ( Kasut Manik, Replika Rumah, Mutiara, Aksesori Wanita)

1 comment:

  1. saya minat ukiran tebuk tembus, kat mana boleh belajar asas ukiran sedangkan saya tk pernah mengukir. Sy ada kelapangan hari sabtu dan ahad shj. Umur plak dh tua 43, camna....

    ReplyDelete