November 02, 2016

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KOMPLEKS KRAF MELAKA



Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka sangat berbesar hati menerima kunjungan pelajar dan guru dari Sekolah Kebangsaan Felda Papulut, Gerik Perak ke Kompleks Kraf Melaka pada hari ini 02 November 2016 bersamaan Selasa.


Seramai 32 orang pelajar serta guru pengiring tiba di Kompleks Kraf Melaka pada jam 12.00 tengahari. Disambut oleh Puan Khairal Masita, pelajar serta guru dibawa terus ke Galeri Kompleks Kraf Melaka yang menempatkan produk kraf tempatan dalam dan luar negeri disamping produk Preka iaitu produk hasil rekaan Pereka Kraftangan Malaysia.












Di Galeri, pelajar dan guru ditunjukkan demo mewarna batik dan berpeluang mencuba sendiri mewarnakan kit batik yang telah dicanting. lebih kurang sejam di Galeri Kompleks Kraf Melaka, Sedikit cenderamata diberikan kepada pelajar dan guru diwakili oleh salah seorang pelajar dan wakil guru.. Sebelum bersurai, bergambar kenang kenangan bersama pelajar-pelajar dan guru-guru serta anggota kerja Kraftangan Malaysia iaitu Puan Nor Azlinda.

Kuala Lumpur International Craft Festival (KLICF) 2016



Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia akan menganjurkan KLICF 2016 untuk kali yang kedua pada 24 hingga 27 November 2016 (Khamis hingga Ahad) di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.  Program ini akan berlangsung selama 4 hari iaitu dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Untuk makluman tuan / puan, program ini turut disertai oleh usahawan dari 37 negara. Antara aktiviti yang akan berlangsung sepanjang KLICF ini adalah seperti jualan kraf,  demonstrasi kraf dan persembahan kebudayaan. Sasaran penyertaan usahawan domestik adalah seramai 270 orang.