October 27, 2016

KARNIVAL PROGRAM PELAJAR PERINGKAT NEGERI MELAKA 2016


TOURISM EXPLORACE 2016 
KELAB PROGRAM PELANCONGAN PELAJAR ( 3P ) 
NEGERI MELAKA 2016

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah bekerjasama dalam Program Tourism Explorace anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Melaka pada 15 Oktober 2016 yang lalu bertempat di sekitar Banda Hilir Melaka. Explorace ini melibatkan agensi-agensi dibawah MOTAC untuk menyediakan tugasan kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah sekitar Negeri Melaka. Kraftangan Melaka merupakan Pitstop ke-8 dari 9 Pitstop keseluruhan bagi explorace ini. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang ahli dan explorace ini bermula kira-kira jam 9.00pagi dan berakhir sekitar jam 2.00petang. Pitstop Kraftangan Melaka terletak di Taman Bunga Merdeka.















Tugasan di Pitstop Kraftangan Melaka adalah, setiap wakil kumpulan seramai 2 orang peserta dikehendaki memutarkan gasing sehingga berjaya. Manakala 3 orang peserta lagi dikehendaki  mewarna batik kit yang telah disediakan bermotifkan Negeri Melaka. Kraftangan Melaka dibantu oleh Pendekar Gasing iaitu En. Remy Azizi sebagai Jurudemo dan mengadili setiap balingan serta putaran gasing yang dibuat oleh para peserta. Manakala bagi segmen mewarna batik, Pereka Kraftangan Melaka iaitu En. Erwan Fahimy ditugaskan menjadi juri. 


Tidak lupa juga kepada Anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka yang juga turut terlibat sebelum dan sepanjang explorace ini berlangsung iaitu Puan Nor Azlinda Ahmad Tahir, En. Mohd Shahron Mat Desa, En. Ahmad Shukri Alias, Puan Hajah Aminah Che Mat, En. Asrul Sani Mohd Zamberi, Puan Intan Khadijah Othaman, En. Mohd Firdaus Abdullah Sani, En. Mohammad Maasap dan dibantu oleh 2 orang pembantu.