September 29, 2016

Lawatan Industri Pelajar dan Pengiring dari Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi

AYER KEROH 29 September 2016 Khamis - Lawatan Industri daripada Pelajar dan pengiring dari Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP ) Bangi, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia ke Kompleks Kraf Melaka dan Pusat Inkubator Kraf Alor Gajah .














Seramai 48 orang pelajar dan 15 orang pengiring mengikuti lawatan ini. Lawatan ini bermula di Pusat Inkubator Kraf pada sebelah pagi dan terus ke Kompleks Kraf Melaka pada sesi petang. 

Wakil PLPP menyampaikan Cenderahati kepada pihak Kompleks Kraf Melaka dan pihak Kompleks Kraf Melaka turut menyampaikan sedikiti buah tangan kepada pelajar dan pengiring yang disampaikan oleh Puan Nor Azlinda. 

Setelah berada hampir 1 jam di Kompleks Kraf Melaka melihat produk kraf tempatan, pelajar dan pengiring meneruskan perjalanan ke Banda Hilir, Melaka.

September 26, 2016

Kunjungan daripada Bekas Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

Kunjungan daripada Bekas Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia iaitu Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdullah Bin Haji Ab. Rahman dan Isteri ke Kompleks Kraf Melaka pagi tadi.
* Sedikit Info tentang beliau :-
- Tarikh Berkhidmat: 29 Oktober 2006 hingga 30 Jun 2009
- Merupakan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia yang ke - 7

















September 23, 2016

MELAKA PARADE 2016 SEMPENA FESTIVAL ANTARABANGSA SUNGAI MELAKA 2016

BANDARAYA MELAKA - Pada 12 September 2016 yang lalu, Anggota Kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka dan Pelajar Latihan Industri dari UITM Shah Alam turut serta dalam Perarakan program Melaka Parade yang telah dianjurkan saban tahun di Negeri Melaka bersempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka ( FASM ) 2016. Melaka Parade pada tahun ini menampilkan Identiti Melaka sebagai usaha mempromosikan Melaka kepada masyarakat luar melalui Sub Sektor pelancongan. 




Bermula sekitar jam 9.00 malam menampilkan perarakan 12 Sub Sektor antaranya Budaya, Sejarah, Pendidikan, Makanan, Agro Pelancongan, Melaka My Second Home dan sebagainya. Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka berada di Sub Sektor Budaya bersama-sama JKKN Melaka dan beberapa Agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Melaka.



Pelbagai persembahan selingan antara perarakan disajikan kepada penonton yang hadir antaranya tarian kebudayaan, maskot, beca, fire eater dan lain-lain yang menghangatkan suasana pada malam tersebut. Turut hadir menyaksikan Melaka Parade pada malam tersebut ialah Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Bin Yaakob; Speaker Dewan Undangan Negeri , Datuk Wira Othman Muhammad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Naim Abu Bakar dan Exco Kerajaan Negeri.
Sub Sektor Budaya memenangi Naib Johan Kategori Pasukan Terbaik.














LAWATAN KERJA DARI WAKIL JABATAN PERTANIAN SARAWAK

AYER KEROH 22 SEPTEMBER 2016 - Seramai 4 orang wakil dari Jabatan Pertanian Sarawak telah berkunjung ke Kompleks Kraf Melaka sebagai lawatan kerja bertujuan mengkaji modul-modul latihan berkaitan kraftangan, mesin, peralatan dan bahan yang digunakan semasa pembelajaran serta keperluan-keperluan lain.








Sejurus tiba di Kompleks Kraf Melaka, Wakil Jabatan Pertanian Srawak disambut mesra oleh Pengarah Kompleks Kraf Melaka sendiri iaitu En. So'hibul Azri dan anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka. Sedikit taklimat dalam bentuk slide disampaikan kepada mereka. 












Setelah Taklimat selesai, Wakil Jabatan Pertanian Sarawak dibawa pula ke Galeri Kompleks Kraf Melaka sambil diberi penerangan dan info berkaitan.








Setelah meluangkan masa di Galeri, Wakil Jabatan Pertanian Sarawak seterusnya akan ke Bengkel Adi Guru Kraf Rotan iaitu En. Ishak B. Kassim dan seterusnya ke Pusat Inkubator Kraf Alor Gajah. Sebelum pulang, sedikit cenderahati diberikan kepada Wakil Jabatan Pertanian Sarawak dan bergambar kenang-kenangan.