September 17, 2015

PROMOSI KRAF MALAYSIA AEON BANDARAYA MELAKA 2015

Tarikh : 27 Oktober - 08 November 2015
Masa : 10.00pagi hingga 10.00malam
Tempat : East Court AEON Bandaraya Melaka

INTERAKTIF KRAF ROTAN SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2015 DI AEON BANDARAYA MELAKA




Puan Siti Aishah menujukkan cara menganyam rotan rama-rama kepada Puan Anita iaitu wakil pihak AEON Jusco sambil diperhatikan oleh Encik Mohd Firdaus.





 Sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung AEON Bandaraya Melaka sempena Interaktif kraf Rotan untuk sambutan Hari Malaysia 2015.






Puan Nor Azlinda dan Encik Mohammad turut membantu pengunjung yang ingin belajar cara menganyam rotan rama-rama.

  


 Antara pengunjung yang sama-sama turut serta dalam aktiviti Interaktif Kraf ini.

  

Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah dijemput bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari Malaysia 2015 anjuran AEON Jusco Bandaraya Melaka pada 16 September 2015 yang lalu.

Bersempena sambutan tersebut, kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah mengadakan aktiviti Interaktif Kraf Anyaman Rotan berbentuk Rantai Kunci Rama-Rama. Sambutan yang amat menggalakkan diterima dari setiap pengunjung yang hadir tidak kira lapisan umur, agama dan bangsa bersesuaian dengan tema sambutan Hari Kemerdekaan ke 2015 iaitu Sehati Sejiwa. 

Tahniah diucapkan kepada anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka yang turut terlibat di dalam aktiviti Interaktif Kraf ini iaitu Puan Siti Aishah bt Kasa selaku tenaga pengajar dibantu oleh Puan Nor Azlinda bt Ahmad Tahir. Tidak lupa juga Encik Mohd Firdaus Bin Abdullah Sani, Encik Mohammad b.Maasap serta Encik Syed Erwan Fahimy b Syed Omar Nasiry 

Terima Kasih diucapkan kepada pengunjung yang turut serta memeriahkan aktiviti Interaktif Kraf ini,. Diharapkan juga pada masa akan datang, pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka dapat bekerjasama lagi dengan pihak AEON Jusco.

  
Puan Intan Khadijah bt Othaman, Pembantu Tadbir Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.3kg pada 16 September 2015.
Tahniah diucapkan kepada mereka, semoga anak yang dilahirkan akan menjadi insan berguna dimasa hadapan dan menjadi anak yang solehah. Amin.