July 22, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H



Setitik embun dipohon rimbun
Di atas atap air bergenang
Dosa bertimbun mohon diampun
Salah dan silap jangan dikenang

Terlebih bisa tutur bicara
Disimpan jangan ampun dipinta
Syawal dinanti dengan gembira
Ikhlas dari Kraftangan Melaka

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H, Maaf Zahir & Batin

July 17, 2014

Sidang Media dan Majlis Pelancaran Retro Raya Celebration di Mahkota Parade


Pada 3 Julai 2014, telah diadakan Sidang Media dan Majlis Pelancaran Retro Raya Celebration di Mahkota Parade, Banda Hilir, Melaka. Pelbagai program telah dirancang oleh pihak Mahkota Parade sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini bermula pada 27 Jun hingga 3 Ogos 2014.

Program tersebut turut mendapat kerjasama daripada Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka yang akan mengadakan Promosi Warna-Warni Aidilfitri pada 27 Jun hingga 6 Julai 2014.  

Antara aktiviti menarik adalah jualan produk kraf, persembahan gamelan dan cak lempong, persembahan tarian retro, persembahan muzik asli, demonstrasi kraf mencanting batik, interaktif kraf mewarna batik, pertandingan ikat samping dan pertandingan anyaman ketupat.









July 02, 2014

Pertandingan Sempena Warna-Warni Aidilfitri 2014 di Mahkota Parade




Sempena Promosi Warna-Warni Aidilfitri 2014 di Mahkota Parade, Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka akan menganjurkan Pertandingan seperti berikut :
i) Ikat Samping (5 Julai 2014) jam 3.00 petang
ii) Anyaman Ketupat (6 Julai 2014) jam 3.00 petang

Hadiah menarik menanti pemenang. Hubungi Urus Setia Pertandingan 06-253 1500 untuk maklumat lanjut