April 24, 2014

Makluman Pertukaran Lokasi Bagi Promosi Kraf Malaysia Sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2014


Dimaklumkan bahawa, lokasi penganjuran Promosi Kraf Malaysia Sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2014 telah ditukar dari Dataran Sungai ke Parking Terbuka, AEON Bandaraya Melaka. Pertukaran ini bertujuan untuk mendapatkan lokasi dan kumpulan sasaran yang lebih tepat bagi aktiviti promosi dan jualan tersebut. Keterangan aktiviti adalah seperti berikut:-

Tempat: Parking Terbuka, AEON Bandaraya Melaka (Khemah Marquee Tent 20m x 50m)
Tarikh Jualan: 28 Mei hingga 08 Jun 2014 (12 hari)
Masa Jualan: 10.00 pagi - 10.00 malam
Bayaran Penyertaan: RM200.00

Kepada usahawan kraf yang berminat, sila hubungi kami di talian 06-253 1500 (Ridzwan/ Firdaus)

April 10, 2014

Selamat Datang Kakitangan Baru




Warga Kraftangan Melaka mengucapkan selamat datang kepada kakitangan baru iaitu:

1. Encik Syed Erwan Fahimy Bin Syed Omar Nasiry (Pereka B27)
2. Cik Intan Khadijah Binti othaman (Pegawai Khidmat Pelanggan N17)

Cik Intan Khadijah menggantikan Puan Asma yang telah meletakkan jawatan manakala Encik Syed Erwan Fahimy adalah pelantikan kakitangan baru. Pelantikan mereka berkuatkuasa pada 1 April 2014.

Semoga mereka berdua dapat memberi nafas baru kepada Kraftangan Malaysia khususnya Kraftangan Melaka dan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan Kraftangan Melaka.

April 09, 2014

Makluman Perpindahan Pejabat Kraftangan Melaka


MAKLUMAN PERPINDAHAN PEJABAT PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN MELAKA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa, pejabat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah berpindah di bangunan baru seperti alamat di bawah:

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Cawangan Melaka
Kompleks Kraf Melaka, Lebuh Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Tel: 06-253 1500  Faks: 06-253 1510

3.         Sehubungan itu, segala urusan rasmi berkaitan pejabat adalah seperti alamat dan talian tersebut di atas. Walaubagaimanapun
, aktiviti lawatan di Kompleks Kraf Melaka masih belum dibuka kepada orang ramai. Pihak kami akan memaklumkan sekiranya Kompleks Kraf Melaka telah beroperasi sepenuhnya nanti.

Sekian, terima kasih.