February 17, 2014

Bengkel Mencanting Batik


Pada 25 Januari 2014 yang lalu, telah diadakan Bengkel Mencanting Batik anjuran Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia (Motac) dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Bengkel dimulakan dengan acara perasmian oleh YBhg. Datuk Haji Khamis Bin Haji Abas, Pengurus Besar, Perzim. Turut sama hadir dalam acara perasmian ialah YBhg. Datuk Lim Chow Beng, Pengarah Motac Negeri Melaka bersama Puan Aididah Binti Ibrahim, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka.

Bengkel Mencanting Batik ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 3.30 petang dengan penyampaian sijil dan pemenang 3 peserta terbaik yang disampaikan oleh  Puan Aididah Binti Ibrahim bersama Cik Norzaifirah Binti Zaini, Kurator Unit Muzium Istana Kesultanan Melaka.

Seramai 101 orang peserta telah mengambil bahagian yang terdiri dari kalangan pelajar sekolah, pelajar IPTA, guru-guru, NGO dan orang perseorangan. Semoga bengkel ini dapat melahirkan pelapis yang mempunyai kecenderungan minat dalam penghasilan batik canting bagi memastikan warisan dan kebudayaan berkaitan batik terus kekal dan diwarisi sampai bila-bila.














February 11, 2014

Ceramah Badal Haji Dan Kaedah Alternatif Simpanan Haji


Ceramah Badal Haji Dan Kaedah Alternatif Simpanan Haji telah diadakan pada 6 Februari 2014 di Pusat Inkubator Kraf Alor Gajah. Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Norshahimy bin Saharudin itu telah dihadiri oleh kakitangan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka,  pekerja kebersihan dan usahawan inkubator.