January 27, 2014

Hari Keluarga Kraftangan Melaka 2013


Hari Keluarga Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah diadakan pada 10 dan 11 Januari 2014 bertempat di Damar Suria Resort, Pengkalan Balak, Masjid Tanah. 






















January 24, 2014

Majlis Penyampaian Sijil Latihan Jangka Pendek


Majlis Penyampaian Sijil Latihan Jangka Pendek (LJP) Anyaman Rotan dan Pembuatan Kasut telah diadakan pada 10 Januari 2014 bertempat di Damar Suria Resort, Pengkalan Balak, Masjid Tanah. Seramai 6 orang pelatih telah berjaya menamatkan latihan yang dijalankan selama 3 bulan iaitu 3 orang dalam bidang anyaman rotan dan 3 orang lagi dalam bidang pembuatan kasut. LJP Anyaman Rotan telah dibimbing oleh Encik Ishak bin Kassim, Adiguru Kraf Rotan manakala LJP Pembuatan Kasut pula telah dibimbing oleh Encik Juhari bin A.Rani, usahawan kraf kasut dari negeri Johor.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka di atas daya usaha, kegigihan dan kesabaran sepanjang mengharungi latihan. Syabas dan tahniah juga kepada pengajar yang tidak pernah kenal erti penat lelah dalam mencurah ilmu dan mendidik para pelatih sehingga berjaya.



LATIHAN JANGKA PENDEK ANYAMAN ROTAN





LATIHAN JANGKA PENDEK PEMBUATAN KASUT





January 23, 2014

Penempatan Latihan Praktikal


Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah menerima seorang pelajar dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor iaitu Cik Nor Hazimah Binti Mohamed Yunus yang akan menjalani latihan praktikal selama 1 bulan dan 2 minggu bermula 22 Januari hingga 3 Mac 2014.

Selamat menjalani latihan praktikal dan gunakan peluang yang ada sebaik mungkin untuk menimba pengalaman sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar kelak.

January 15, 2014

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435H/ 2014M Peringkat Negeri Melaka


Buat julung kalinya, Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah menghantar kontijen sendiri hasil gabungan warga kerja dan usahawan kraf negeri Melaka bagi menyertai perhimpunan dan perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka Tahun 1435H/2014M yang telah diadakan pada 14 Januari 2014. Lebih 10,000 umat Islam mengambil bahagian dalam perarakan tersebut bermula di Stadium Hang Tuah ke Masjid Al-Azim.

Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron turut berarak sejauh lebih empat kilometer sambil berselawat memuji junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Perarakan itu disertai kira-kira 200 kontinjen termasuk lebih 20 beca daripada kontinjen Persatuan Beca Negeri Melaka dan 10 orang kurang upaya berkerusi roda daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.