August 22, 2014

Program Gotong-Royong & Interaktif Kraf Mega 2014



Program Gotong-Royong dan Interaktif Kraf Batik & Anyaman Rotan akan bermula jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang. Semua dijemput hadir

July 22, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H



Setitik embun dipohon rimbun
Di atas atap air bergenang
Dosa bertimbun mohon diampun
Salah dan silap jangan dikenang

Terlebih bisa tutur bicara
Disimpan jangan ampun dipinta
Syawal dinanti dengan gembira
Ikhlas dari Kraftangan Melaka

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H, Maaf Zahir & Batin

July 17, 2014

Sidang Media dan Majlis Pelancaran Retro Raya Celebration di Mahkota Parade


Pada 3 Julai 2014, telah diadakan Sidang Media dan Majlis Pelancaran Retro Raya Celebration di Mahkota Parade, Banda Hilir, Melaka. Pelbagai program telah dirancang oleh pihak Mahkota Parade sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini bermula pada 27 Jun hingga 3 Ogos 2014.

Program tersebut turut mendapat kerjasama daripada Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka yang akan mengadakan Promosi Warna-Warni Aidilfitri pada 27 Jun hingga 6 Julai 2014.  

Antara aktiviti menarik adalah jualan produk kraf, persembahan gamelan dan cak lempong, persembahan tarian retro, persembahan muzik asli, demonstrasi kraf mencanting batik, interaktif kraf mewarna batik, pertandingan ikat samping dan pertandingan anyaman ketupat.









July 02, 2014

Pertandingan Sempena Warna-Warni Aidilfitri 2014 di Mahkota Parade




Sempena Promosi Warna-Warni Aidilfitri 2014 di Mahkota Parade, Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka akan menganjurkan Pertandingan seperti berikut :
i) Ikat Samping (5 Julai 2014) jam 3.00 petang
ii) Anyaman Ketupat (6 Julai 2014) jam 3.00 petang

Hadiah menarik menanti pemenang. Hubungi Urus Setia Pertandingan 06-253 1500 untuk maklumat lanjut

June 27, 2014

Warna-Warni Aidilfitri 2014 di Mahkota Parade




Warna-Warni Aidilfitri 2014 anjuran Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah bermula hari ini. Orang ramai dijemput ke Concourse, Mahkota Parade hingga 6 Julai ini dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Pelbagai acara menarik menanti anda!

June 25, 2014

Tawaran Menyertai Promosi Kraf Aidilfitri 2014 di AEON Ayer Keroh




TAWARAN MENYERTAI AKTIVITI JUALAN SEMPENA PROMOSI KRAF AIDILFITRI 2014 DI AEON AYER KEROH, MELAKA

Sukacita dimaklumkan Kraftangan Malaysia akan mengadakan Promosi Kraf Aidilfitri 2014 di:-

Tempat : AEON Ayer Keroh, Melaka 
Lokasi : Khemah, Parkir Kereta
Produk Jualan : Produk kraf, barangan aidilfitri serta makanan kering dan basah. 
Tarikh Jualan : 3 hingga 27 Julai 2014 (25 hari)
Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam

Terbuka kepada semua Usahawan Kraf dan Usahawan Bukan Kraf (Perkhidmatan Aidilfitri). Sila hubungi kami di talian 06-253 1500 (Ridzwan/ Firdaus) untuk keterangan lanjut

June 09, 2014

Majlis Peragaan Busana Kraf Tekstil ‘Craft Rendezvous’



MELAKA, 7 JUN 2014 – Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka hari ini mengadakan Majlis Peragaan Busana Kraf Tekstil ‘Craft Rendezvous’ yang dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Haji Idris bin Haji Haron, Ketua Menteri Melaka di AEON Bandaraya Melaka.

Hadir sama ialah Yang Berhormat Datuk Haji Ghazali bin Muhamad, Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-Pulau Negeri Melaka, Yang Berbahagia Datuk Haji Baharom bin Majid, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka, Yang Berbahagia Dato’ Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia serta Puan Aididah binti Ibrahim, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Melaka.

Penganjuran majlis ini bertujuan mempromosikan busana kraf tekstil tempatan serta produk kraf tempatan bagi memenuhi pasaran domestik dan antarabangsa. Malah kunjungan pelancong dari luar negara turut berpeluang melihat keunikan dan keindahan produk kraf tempatan yang dianjurkan di lokasi tumpuan ramai ini sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka.

Pada majlis ini, sebanyak 48 pasang (32 pasang pakaian wanita) dan (16 pasang pakaian lelaki) kraf tekstil daripada batik, songket dan tenun diperagakan. Segmen kraf batik dijayakan oleh enam (6) syarikat usahawan kraf dengan menampilkan rekaan fesyen terbaru bercirikan busana kasual dan rasmi. Usahawan-usahawan tersebut adalah Batik Selat, Ras Batik, D Waqaka Klasik, Seem Noor Batik, Fiq & Miz dan Faizui Collection. Usahawan-usahawan ini merupakan pempamer yang mengambil bahagian dalam aktiviti Jualan Promosi Kraf Malaysia 2014 sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka. Bagi segmen peragaan tekstil songket dan tenun pula, ia dijayakan dengan penglibatan para pereka dari Kraftangan Malaysia.

Promosi Kraf Malaysia 2014 sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka ini bermula pada 28 Mei – 8 Jun (12 hari) mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Parkir Terbuka, AEON Bandaraya Melaka.

Aktiviti yang diadakan sepanjang Promosi Kraf Malaysia 2014 adalah seperti JUALAN KRAF oleh 45 usahawan daripada bidang tekstil, seramik, logam, hasil rimba dan aneka kraf serta PERSEMBAHAN KESENIAN yang menampilkan identiti dan budaya Negeri Melaka melalui kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN Melaka), Kumpulan Irama Warisan, Madrasah Darul Muttaqqin dan Gasing Lagenda Enterprise. Dalam pada itu juga, Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka juga mengadakan DEMONSTRASI KRAF seperti pembuatan kasut, replika rumah, kraf manik dan gasing dari Negeri Melaka, acuan seramik dari Negeri Perak serta tenunan songket dari Negeri Terengganu sempena festival ini.






May 26, 2014

Promosi Kraf Malaysia Akan Bermula 2 Hari Sahaja Lagi




Promosi Kraf Malaysia Sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2014 akan bermula 2 HARI lagi. Terdapat jualan pelbagai produk kraf tempatan seperti batik, songket, pasu seramik, ukiran kayu, anyaman, hiasan dinding, senjata, logam, aksesori wanita, mutiara Sabah, manik Sarawak dan sebagainya. Aktiviti sampingan dan hadiah menarik disediakan untuk pengunjung. 
Datanglah beramai-ramai!

May 22, 2014

Promosi Kraf Malaysia Sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2014





Promosi Kraf Malaysia Sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2014 anjuran Kraftangan Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka akan berlangsung pada 28 Mei hingga 8 Jun 2014 di Parkir Terbuka, AEON Bandaraya Melaka, jam 10pagi - 10malam. Orang ramai dijemput hadir. 
Masuk adalah percuma.

May 21, 2014

Kunjungan Hormat Ke Pejabat Ketua Menteri Melaka


Pada 26 Mac 2014, Kraftangan Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. idris Haron di Pejabat Ketua Menteri, Ayer Keroh. Rombongan Kraftangan Malaysia terdiri dari Puan Aididah binti Ibrahim, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka, Encik Bhasri bin Othman, Pengarah Bahagian Kewangan & Pembangunan, Encik Hamdan bin Ahmad, Jurutera Kanan, Unit Pembangunan dan Encik Samion bin Mahat, Penolong Jurutera, Unit Pembangunan. 

Antara perkara yang dibincangkan dalam kunjungan tersebut adalah berkenaan projek pembangunan Kompleks Kraf Melaka, Ayer Keroh.






May 19, 2014

Promosi Kraf Malaysia Akan Datang


AKAN DATANG!!!

Promosi Kraf Malaysia Sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2014 di Parkir Terbuka, AEON Bandaraya Melaka pada 28 Mei hingga 8 Jun 2014







April 24, 2014

Makluman Pertukaran Lokasi Bagi Promosi Kraf Malaysia Sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2014


Dimaklumkan bahawa, lokasi penganjuran Promosi Kraf Malaysia Sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2014 telah ditukar dari Dataran Sungai ke Parking Terbuka, AEON Bandaraya Melaka. Pertukaran ini bertujuan untuk mendapatkan lokasi dan kumpulan sasaran yang lebih tepat bagi aktiviti promosi dan jualan tersebut. Keterangan aktiviti adalah seperti berikut:-

Tempat: Parking Terbuka, AEON Bandaraya Melaka (Khemah Marquee Tent 20m x 50m)
Tarikh Jualan: 28 Mei hingga 08 Jun 2014 (12 hari)
Masa Jualan: 10.00 pagi - 10.00 malam
Bayaran Penyertaan: RM200.00

Kepada usahawan kraf yang berminat, sila hubungi kami di talian 06-253 1500 (Ridzwan/ Firdaus)

April 10, 2014

Selamat Datang Kakitangan Baru




Warga Kraftangan Melaka mengucapkan selamat datang kepada kakitangan baru iaitu:

1. Encik Syed Erwan Fahimy Bin Syed Omar Nasiry (Pereka B27)
2. Cik Intan Khadijah Binti othaman (Pegawai Khidmat Pelanggan N17)

Cik Intan Khadijah menggantikan Puan Asma yang telah meletakkan jawatan manakala Encik Syed Erwan Fahimy adalah pelantikan kakitangan baru. Pelantikan mereka berkuatkuasa pada 1 April 2014.

Semoga mereka berdua dapat memberi nafas baru kepada Kraftangan Malaysia khususnya Kraftangan Melaka dan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan Kraftangan Melaka.

April 09, 2014

Makluman Perpindahan Pejabat Kraftangan Melaka


MAKLUMAN PERPINDAHAN PEJABAT PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN MELAKA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa, pejabat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah berpindah di bangunan baru seperti alamat di bawah:

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Cawangan Melaka
Kompleks Kraf Melaka, Lebuh Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Tel: 06-253 1500  Faks: 06-253 1510

3.         Sehubungan itu, segala urusan rasmi berkaitan pejabat adalah seperti alamat dan talian tersebut di atas. Walaubagaimanapun
, aktiviti lawatan di Kompleks Kraf Melaka masih belum dibuka kepada orang ramai. Pihak kami akan memaklumkan sekiranya Kompleks Kraf Melaka telah beroperasi sepenuhnya nanti.

Sekian, terima kasih.




February 17, 2014

Bengkel Mencanting Batik


Pada 25 Januari 2014 yang lalu, telah diadakan Bengkel Mencanting Batik anjuran Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia (Motac) dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Bengkel dimulakan dengan acara perasmian oleh YBhg. Datuk Haji Khamis Bin Haji Abas, Pengurus Besar, Perzim. Turut sama hadir dalam acara perasmian ialah YBhg. Datuk Lim Chow Beng, Pengarah Motac Negeri Melaka bersama Puan Aididah Binti Ibrahim, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka.

Bengkel Mencanting Batik ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 3.30 petang dengan penyampaian sijil dan pemenang 3 peserta terbaik yang disampaikan oleh  Puan Aididah Binti Ibrahim bersama Cik Norzaifirah Binti Zaini, Kurator Unit Muzium Istana Kesultanan Melaka.

Seramai 101 orang peserta telah mengambil bahagian yang terdiri dari kalangan pelajar sekolah, pelajar IPTA, guru-guru, NGO dan orang perseorangan. Semoga bengkel ini dapat melahirkan pelapis yang mempunyai kecenderungan minat dalam penghasilan batik canting bagi memastikan warisan dan kebudayaan berkaitan batik terus kekal dan diwarisi sampai bila-bila.














February 11, 2014

Ceramah Badal Haji Dan Kaedah Alternatif Simpanan Haji


Ceramah Badal Haji Dan Kaedah Alternatif Simpanan Haji telah diadakan pada 6 Februari 2014 di Pusat Inkubator Kraf Alor Gajah. Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Norshahimy bin Saharudin itu telah dihadiri oleh kakitangan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka,  pekerja kebersihan dan usahawan inkubator.







January 27, 2014

Hari Keluarga Kraftangan Melaka 2013


Hari Keluarga Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah diadakan pada 10 dan 11 Januari 2014 bertempat di Damar Suria Resort, Pengkalan Balak, Masjid Tanah.