December 20, 2013

Pendidikan Bersama SMK Tinggi Perempuan Melaka


Pada 13 Novemberv 2013 (Rabu), Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah dijemput untuk mengadakan aktiviti Ceramah Pendidikan Bersama Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka di SMK Tinggi Perempuan Melaka anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling, Barisan Pentadbir dan Guru-guru Tingkatan 3 sekolah berkenaan. Seramai 212 orang pelajar tingkatan 3 telah menyertai aktiviti tersebut.

Tujuan aktiviti ini dilaksanakan untuk mengisi masa lapang pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan PMR, bagi menangani gejala ponteng sekolah dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan pelajar-pelajar Tingkatan 3.

December 19, 2013

Tawaran Menyertai Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2014



TAWARAN MENYERTAI AKTIVITI JUALAN KRAF SEMPENA SAMBUTAN 
HARI KRAF KEBANGSAAN (HKK) 2014

Sukacita pihak kami menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas. 

Untuk makluman, Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Hari kraf Kebangsaan 2014 bermula 26 Febuari hingga 10 Mac 2014 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay Kuala Lumpur.

Kepada Usahawan Kraftangan Melaka, tuan/puan ditawarkan untuk menyertai aktiviti jualan ini dan maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan Urusetia Cawangan Melaka iaitu En Mohd Ridzwan Misran, Pn. Hajah Nor Rashidah Ahmad atau En. Mohd Firdaus Abdullah Sani (017-5952187). Borang Penyertaan, Manual Penyertaan dan Kriteria Pemilihan Usahawan boleh didapati di Kompleks Kraf Melaka, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka. 

Tarikh Tutup penghantaran Borang Penyertaan yang telah dilengkapkan pada atau sebelum 06 Januari 2014 (Isnin) beserta Bukti Pembayaran dan tiga keping gambar produk baru untuk rujukan dan semakan pihak urusetia Ibu Pejabat.

Kesemua dokumen ini perlu dikembalikan kepada urusetia Cawangan Melaka.



December 13, 2013

LJP Pembuatan Kasut


LATIHAN JANGKA PENDEK PEMBUATAN KASUT
17 SEPTEMBER-16 DISEMBER 2013


Latihan Jangka Pendek (LJP) Pembuatan Kasut sedang dijalankan di Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka bermula pada 17 September hingga 16 Disember 2013. Seramai 3 orang telah menyertai latihan ini dengan mendapat tunjuk ajar dari tenaga pengajar yang dilantik iaitu Encik Juhari bin A.Rani, usahawan kraf kasut dari negeri Johor.




December 12, 2013

LJP Anyaman Rotan



LATIHAN JANGKA PENDEK ANYAMAN ROTAN
17 SEPTEMBER-16 DISEMBER 2013


Latihan Jangka Pendek (LJP) Anyaman Rotan sedang dijalankan di Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka bermula pada 17 September hingga 16 Disember 2013. Seramai 4 orang telah menyertai latihan ini dengan mendapat tunjuk ajar dari tenaga pengajar yang dilantik iaitu Encik Ishak bin Kassim, Adiguru Kraf dalam bidang rotan dari negeri Melaka. 







December 10, 2013

MBT Tempurung Sesi 2/2013


MAKMAL BIMBINGAN TEKNIK TEMPURUNG SESI 2/2013
1-6 DISEMBER 2013

Makmal Bimbingan Teknik (MBT) Tempurung Sesi 2/2013 telah diadakan di Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka pada 1 hingga 6 Disember 2013. Seramai 10 orang usahawan dari Melaka, Perak, Perlis, Selangor dan Kedah telah menyertai makmal ini.