September 27, 2013

Lawatan Dari Pusat Pemulihan Narkotik, Sungai Dua, Melaka


Pada 25 September 2013 (Rabu), Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah menerima lawatan dari pelatih Pusat Pemulihan Narkotik, Sungai Dua, Melaka. Seramai 60 orang pelatih dan 8 orang pengajar telah menyertai lawatan tersebut.

















September 12, 2013

Lawatan Dari SK Alai, Melaka


Pada 10 September 2013 (Selasa), Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah menerima lawatan dari pelajar Sekolah Kebangsaan Alai, Melaka. Seramai 44 orang pelajar dan 2 orang guru telah menyertai lawatan tersebut. 

September 10, 2013

MBT Pembuatan Beg Anyaman Rotan Sesi 4/2013



MAKMAL BIMBINGAN TEKNIK PEMBUATAN BEG ANYAMAN ROTAN SESI 4/2013
2-7 SEPTEMBER 2013


Makmal Bimbingan Teknik (MBT) Pembuatan Beg Anyaman Rotan Sesi 4/2013 telah diadakan di Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka pada 2 hingga 7 September 2013. Seramai 33 orang usahawan dari Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Sabah dan Sarawak telah menyertai makmal yang berlangsung selama 6 hari ini. Tenaga pengajar yang dilantik seramai 2 orang iaitu Encik Ishak bin Kassim, Adiguru Kraf Rotan dan Encik Zaidi bin Dolrani, pengajar kraf yang berpengalaman.



















September 09, 2013

MBT Anyaman Bertulang



MAKMAL BIMBINGAN TEKNIK ANYAMAN BERTULANG
2-7 SEPTEMBER 2013

Makmal Bimbingan Teknik (MBT) Anyaman Bertulang telah diadakan di Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka pada 2 hingga 7 September 2013. Seramai 16 orang usahawan dari negeri Melaka dan Negeri Sembilan telah menyertai makmal yang berlangsung selama 6 hari ini. 2 orang kakitangan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu telah dilantik sebagai tenaga pengajar iaitu Hajah Kelsom binti Abdullah dan Puan Khatijah binti Hamzah.