August 30, 2013

Encik Shahron Mendapat Anak Lelaki


Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Shahron bin Mat Desa, Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka kerana telah mendapat cahayamata keempatnya pada 27 Ogos 2013 (Selasa) yang lalu. Isterinya telah selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.1 kg pada jam 11.30 malam. Bayi comel tersebut telah diberi nama Adam Naufal bin Mohd Shahron.



August 26, 2013

Jamuan Perpisahan Pelajar Praktikal


Jamuan perpisahan 2 orang pelajar praktikal dari UiTM Shah Alam pada 23 Ogos 2013




August 02, 2013

Salam Aidilfitri


SALAM AIDILFITRI DARI WARGA 
PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA 
CAWANGAN MELAKA


Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma pada 1 Syawwal 1434/ 8 Ogos 2013 ini, pihak PKKM Cawangan Melaka  ingin memohon kemaafan andai ada terkasar bahasa, terherdik pada sesiapa, tersilap cara, termarah tidak sengaja, terumpat sekali-sekala, terpinjam harta benda, terpegang kat mana-mana. 
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir dan Batin..  
Sambutan Hari Raya adalah suatu anugerah Allah yang amat besar kepada umat Islam (Al-Baqarah, 2:185).