July 30, 2013

Lawatan Dari Institut Pendidikan Guru, Durian Daun, Melaka


Pada 27 Julai 2013 (Sabtu), Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah menerima lawatan dari pelajar Institut Pendidikan Guru, Durian Daun, Melaka. Seramai 15 orang pelajar dan 4 orang pensyarah telah menyertai lawatan tersebut. 

July 29, 2013

Pertandingan Menganyam Ketupat




Pihak Mahkota Parade dengan kerjasama Kraftangan Malaysia akan menganjurkan PERTANDINGAN MENGANYAM KETUPAT sempena Happiest Raya Memories dan Promosi Kraf Aidilfitri di Mahkota Parade seperti butiran berikut:

TARIKH: 3hb & 4hb Ogos 2013

MASA: 3 ptg - 4 ptg

TEMPAT: Pentas Utama, Mahkota Parade

Pendaftaran adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua peringkat umur dan jantina. Pendaftaran boleh dibuat di Kaunter Informasi. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pihak Mahkota Parade di talian 06-282 6151 dan Kraftangan Malaysia di talian 06-559 1188. HADIAH MENARIK MENANTI ANDA!

Promosi Kraf Aidilfitri di Mahkota Parade



Promosi kraf kembali di Melaka. Kunjungi Promosi Kraf Aidilfitri di Mahkota Parade, Banda Hilir, Melaka yang sedang berlangsung dari 26 Julai hingga 4 Ogos 2013. Pelbagai acara menarik bakal disajikan seperti jualan produk kraf, demonstrasi mencanting batik, interaktif kraf mewarna batik, persembahan muzik tradisional dan pertandingan menganyam ketupat. JUMPA DI SANA! 

July 23, 2013

Lawatan Dari SMK Tun Tijah, Durian Daun, Melaka


Pada 28 Oktober 2013 (Isnin), Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah menerima lawatan dari pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Tijah, Durian Daun, Melaka. Seramai 30 orang pelajar dan 2 orang guru telah menyertai lawatan tersebut. 

July 12, 2013

Promosi Kraf Malaysia Di Dataran Pahlawan Melaka Megamall



DATANGLAH BERAMAI-RAMAI

Kunjungi PROMOSI KRAF MALAYSIA di DATARAN PAHLAWAN MELAKA MEGAMALL pada 12 - 21 Julai 2013, jam 10 pagi - 10 malam. Promosi disertai oleh 12 usahawan kraf tekstil, hasil rimba, logam dan aneka kraf dari negeri Sarawak, Sabah, Kelantan, Pahang, Kedah, Johor dan Melaka. 

JUMPA ANDA DI SANA

July 08, 2013

Lawatan Dari UiTM Seri Iskandar, Perak


Pada 5 Julai 2013 (Jumaat), Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah menerima lawatan dari pelajar Diploma Seni Lukis Seni Reka (Seramik) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak. Seramai 30 orang pelajar dan 2 orang pensyarah telah menyertai lawatan tersebut.






July 05, 2013

Majlis Tautan Ukhuwah Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka Bersama Usahawan Kraf



Semua Usahawan Kraf Negeri Melaka adalah dengan penuh takzim dijemput ke Majlis Tautan Ukhuwah Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka Bersama Usahawan Kraf seperti makluman berikut:

MASA: 10.00 PAGI
TARIKH: 8 JULAI 2013 (ISNIN)
TEMPAT:
DEWAN KESIDANG, PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN MELAKA

Semoga dengan kehadiran anda semua akan lebih menyerikan majlis tersebut kelak, InsyaAllah.

Terima kasih.

Promosi Kraf Malaysia Di AEON Bandaraya Melaka Tinggal 3 Hari Lagi



Promosi Kraf Malaysia di AEON Bandaraya Melaka hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Ianya akan berakhir pada 7 Julai 2013, Ahad jam 10.00 malam. Jangan terlepas peluang untuk memiliki produk kraf buatan Malaysia berkualiti tinggi seperti baju batik, songket, capal dan sandal kulit, aksesori pewter, aksesori mutiara dan kristal dan pelbagai lagi produk menarik!

July 03, 2013

Festival Belia Negara & Karnival Kecergasan Peringkat Negeri Melaka



Sila berkunjung ke khemah Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka di Festival Belia Negara & Karnival Kecergasan Peringkat Negeri Melaka pada 5 hingga 7 Julai 2013 bertempat di Dataran 1 Malaysia Pantai Klebang, Melaka. Anda boleh mempelajari teknik mencanting batik dan berpeluang mencanting dan mewarna batik lukis mengikut kreativiti anda sendiri. 

Selain itu, anda juga boleh menyertai Pertandingan Mencanting Batik yang akan diadakan pada 7 JULAI 2013, AHAD jam 9.30 pagi di tapak aktiviti. Sila hubungi pegawai kami, Encik Ahmad Shukri di talian 06-559 1188 untuk sebarang pertanyaan. Pendaftaran masih dibuka.

JUMPA ANDA DI SANA!


July 01, 2013

MBT Lampu Hiasan Tempurung



MAKMAL BIMBINGAN TEKNIK LAMPU HIASAN TEMPURUNG
23-28 JUN 2013

Makmal Bimbingan Teknik (MBT) Lampu Hiasan Tempurung telah diadakan di Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka pada 23 hingga 28 Jun 2013. Seramai 13 orang usahawan dari negeri Melaka, Perak, Perlis, Selangor dan Sabah telah menyertai makmal yang berlangsung selama 6 hari ini.