June 27, 2013

Promosi Kraf Malaysia Di AEON Bandaraya Melaka



DATANGLAH BERAMAI-RAMAI

Kunjungi PROMOSI KRAF MALAYSIA di AEON BANDARAYA MELAKA pada 25 Jun - 7 Julai 2013, jam 10 pagi - 10 malam. Promosi disertai 10 usahawan kraf tekstil, hasil rimba, logam dan aneka kraf dari seluruh negara. 

JUMPA ANDA DI SANA

June 21, 2013

Karnival Kraftangan Jenama Malaysia Sempena Festival Jemputan Sungai Melaka 2013


Festival Jemputan Sungai Melaka 2013 anjuran kerajaan negeri Melaka sedang berlangsung bermula 25 Mei hingga 23 Jun 2013. Festival yang diadakan pada setiap tahun bermula 2007 itu menyajikan pelbagai acara menarik seperti Melaka Parade, perarakan bot berhias, persembahan silat, tarian naga dan sukan air. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka turut tidak ketinggalan memeriahkan festival tersebut dengan menganjurkan Karnival Kraftangan Jenama Malaysia di Taman Rempah, Melaka pada 1 dan 2 Jun 2013.

Pengunjung yang hadir berpeluang melihat demonstrasi mencanting batik dan mencuba sendiri proses mewarna batik dan mewarna tempurung di dalam aktiviti interaktif kraf yang diadakan. Selain itu, pelbagai produk turut dijual seperti batik, seramik, keris, aneka kraf dan inai henna. 










June 12, 2013

MBT Anyaman Rotan Sega Sesi 3/2013



MAKMAL BIMBINGAN TEKNIK ANYAMAN ROTAN SEGA SESI 3/2013
5-10 JUN 2013

Makmal Bimbingan Teknik (MBT) Anyaman Rotan Sega Sesi 3/2013 telah diadakan di Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka pada 5 hingga 10 Jun 2013. Seramai 30 orang usahawan dari negeri Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak telah menyertai makmal yang berlangsung selama 6 hari ini. 2 orang tenaga pengajar telah dilantik iaitu Encik Ishak bin Kassim, Adiguru Kraf Rotan dari negeri Melaka dan Encik Zaidi bin Dolrani.














June 01, 2013

Perletakan Jawatan Puan Asma



Dimaklumkan bahawa, Puan Asma binti Aliasak, Pegawai Khidmat Pelanggan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah meletak jawatan atas sebab kesihatan berkuatkuasa 1 Jun 2013. Semoga beliau cepat sembuh dan berjaya di dalam apa jua bidang yang diceburi di masa akan datang