May 31, 2013

Pavilion Negeri Melaka Sempena Festival Belia Putrajaya 2013


Pada 23 hingga 26 Mei 2013 yang lalu, Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah dijemput untuk mengadakan Demonstrasi Anyaman Rotan di dalam aktiviti pavilion negeri Melaka sempena Festival Belia Putrajaya 2013 di Putrajaya. 






May 21, 2013

Sesi Temuduga Graduan Institut Kraf Negara Tahun 2013


Sekiranya tuan/ puan memerlukan pekerja mahir dalam bidang seni kraf batik, tenunan, kayu, seramik, logam serta buluh dan rotan untuk dijadikan pekerja tuan/ puan, pihak Institut Kraf Negara (IKN) berbesar hati menjemput tuan/ puan ke sesi temuduga graduan IKN pada:

Tarikh : 10 hingga 14 Jun 2013 
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari 
Tempat : Perpustakaan Institut Kraf Negara, No. 1, KM 20, Jalan Ipoh-Rawang,
Taman Rekreasi Templer, 48000 Rawang, Selangor

Sekiranya tuan/ puan memerlukan keterangan lanjut, sila berhubung dengan pegawai IKN, Puan Salmah Ismail di talian telefon 03-6091 5322 sebelum 3 Jun 2013. 

Sekian, terima kasih.

May 13, 2013

Majlis Sambutan Hari Jadi Kakitangan Dan Pekerja kebersihan


Pada 25 April 2003, Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Jadi Kakitangan Dan Pekerja Kebersihan yang lahir pada bulan Januari hingga April 2013. Kakitangan yang diraikan ialah Encik Ahmad Shukri Bin Alias dan Encik Mohd Rizal Bin Abdul Halim manakala pekerja kebersihan ialah Puan Norimah Binti Subuh. Semoga mereka dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.


Ucapan dari Pengarah, Puan Aididah Binti Ibrahim
Puan Aididah Binti Ibrahim menyampaikan sumbangan 

Dari kiri: Encik Ahmad Shukri Bin Alias, Encik Mohd Rizal Bin Abdul Halim dan Puan Norimah Binti Subuh