April 26, 2013

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012



Tahniah dan syabas diucapkan kepada Encik Ahmad Shukri Bin Alias, Ketua Unit Pentadbiran, Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka kerana telah dipilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Bagi Tahun 2012.

Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyuntik semangat bukan sahaja kepada beliau tetapi juga kepada pegawai dan kakitangan yang lain untuk terus bekerja dengan penuh dedikasi.

April 17, 2013

MBT Pewarnaan Batik Napthol


MAKMAL BIMBINGAN TEKNIK PEWARNAAN BATIK NAPTHOL
10-12 APRIL 2013

Makmal Bimbingan Teknik (MBT) Pewarnaan Batik Napthol telah diadakan di Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka pada 10 hingga 12 April 2013. Seramai 34 orang usahawan dari negeri Melaka, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Johor, Kedah dan Kuala Lumpur telah menyertai makmal yang berlangsung selama 3 hari ini. Encik Zailani bin Kassim, Pembantu Makmal Kanan dari Institut Kraf Negara (IKN) telah dilantik sebagai tenaga pengajar bagi membimbing para peserta.




AKTIVITI DI DALAM BENGKEL










PENILAIAN PRODUK








April 10, 2013

MBT Anyaman Rotan Sesi 2/2013



MAKMAL BIMBINGAN TEKNIK ANYAMAN ROTAN SESI 2/2013
7-12 APRIL 2013

Makmal Bimbingan Teknik (MBT) Anyaman Rotan Sesi 2/2013 telah diadakan di Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka pada 7 hingga 12 April 2013. Seramai 27 orang usahawan dari negeri Melaka, Johor, Perak, Terengganu, Pahang, Sabah, Negeri Sembilan dan Sarawak telah menyertai makmal yang berlangsung selama 6 hari ini. 2 orang tenaga pengajar telah dilantik iaitu Encik Ishak bin Kassim, Adiguru Kraf dari negeri Melaka dan Encik Zaidi bin Dolrani.

Selain makmal bimbingan, acara sukaneka juga turut diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara semua peserta. Selain itu, peserta juga telah didedahkan dengan strategi pemasaran dalam Kursus Keusahawanan yang telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Usahawan Ibu Pejabat, Encik Ibrahim bin Ismail. Kursus ini turut dihadiri oleh peserta Makmal Bimbingan Teknik Pewarnaan Batik Napthol yang berlangsung pada 10 hingga 12 April 2013 di tempat yang sama.



MAJLIS PERASMIAN


AKTIVITI DI DALAM BENGKEL

















SUKANEKA












KURSUS KEUSAHAWANAN











April 05, 2013

Hari Keluarga Penjawat Awam Negeri Melaka


Program Hari Keluarga Penjawat Awam Negeri Melaka anjuran Kerajaan Negeri Melaka telah diadakan pada 29 hingga 31 Mac 2013 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Kompleks LKIM, Kuala Linggi, Melaka. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti ceramah agama, gerai pameran, gerai jualan, sukaneka, river cruise, konsert, fashion show dan lain-lain lagi. Kraftangan Malaysia cawangan Melaka turut mengambil bahagian dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan serta membuka gerai jualan produk kraf dan mengadakan interaktif kraf mewarna batik.

Majlis perasmian telah diadakan pada 30 Mei 2013 dan telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Bin Rustam. Pada hari tersebut juga, program telah menerima kunjungan dari Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob yang turut berkunjung ke gerai jualan Kraftangan Malaysia cawangan Melaka dan mencuba aktiviti interaktif kraf mewarna batik.