March 18, 2013

1 Million Women Purple Walk Di Melaka




Anggota Kerja PKKM Cawangan Melaka turut menyertai 1 Million Women Purple Walk bagi Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung di Dataran Pahlawan Banda Hilir, Melaka pada 17 Mac 2013 yang lalu.

Dari kiri: En. Mohd Firdaus , Hajah Nor Rashidah, En. Mohd Ridzwan dan En. Mohd Shahron telah menyertai aktiviti ini.

Acara berjalan kaki sejauh 2.5km ini bermula di Dataran Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan Banda Hilir dan berakhir di Padang Dataran Pahlawan, Banda Hilir Melaka. Sepanjang perjalanan terdapat persembahan pancaragam dari sekolah-sekolah sekitar Negeri Melaka. Pelbagai Booth-booth jualan turut disediakan di padang Dataran Pahlawan










March 15, 2013

Lawatan Dari Universiti Putra Malaysia


Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah menerima kunjungan pelajar-pelajar dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 11 Mac 2013.

Lawatan ini telah disertai oleh seramai 105 orang pelajar dan 5 orang kakitangan. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan taklimat ringkas oleh Encik Mohd Ridzwan bin Misran, Timbalan Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka. Selepas sesi taklimat, pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada 3 kumpulan bagi mengikuti 3 aktiviti interaktif kraf iaitu mencanting batik, pembuatan layang-layang dan sulaman manik.

Dalam aktiviti ini, pelajar-pelajar telah diajar cara mencanting batik, pembuatan layang-layang dan sulaman manik serta berpeluang untuk menghasilkan sendiri kraf tersebut yang telah diajar kepada mereka. 3 orang tenaga pengajar telah dipanggil khas bagi mengajar setiap bidang. Aktiviti dan lawatan yang bermula jam 11.30 pagi itu telah berakhir pada jam 4.30 petang.

Ketibaan Pelajar Di Perkarangan Kraftangan Melaka

Sesi Taklimat dan Ucapan Aluan

Bengkel Sulaman Manik



Bengkel Mencanting Batik



Bengkel Membuat Layang-Layang



March 13, 2013

Hari Kraf Kebangsaan 2013

 

Hari Kraf Kebangsaan kali yang ke-11pada tahun ini telah berlangsung dengan meriahnya. Melibatkan hampir 500 usahawan kraf seluruh Malaysia dengan menghimpunkan hasil seni produk kraf tempatan yang berkualiti, berinovasi dengan rekaan motif-motif kraf yang terkini bagi kegunaan masyarakat tempatan dalam penggayaan hidup masa kini. Pelbagai aktiviti menarik yang mampu menggamit hati pengunjung telah berjalan dengan jayanya. 

Disertakan gambar usahawan Kraftangan Melaka seramai 19 pengusaha termasuk Booth PKKM Cawangan Melaka serta Demonstrasi Produk Kraf Anika Surat Khabar semasa di HKK 2013. Sebarang Maklumat Lanjut Boleh menghubungi kami di talian 06 -5591188.

 PALING ATAS ENTERPRISE
( Songkok )
Puan Norhayati Binti Salleh

BENDANG STUDIO
( Seramik )
Cik Rozana Binti Musa
     
 SUNABAH ENTERPRISE
( Seramik )
En. Balasaravanan A/L Sundararaju

DE' LEGEND CRAFT ENTERPRISE
( Piuter )
En. Mohamad Azrai Bin Husin
 KASTURI HERITAGE & TRADING
( Piuter )
En. Ahmad Syafiq Bin Arshad

HIBISCUS ART ENTERPRISE
( Piuter )
Cik Nurul Ain Binti J.Joharie

 MATENG SASRO ENTERPRISE
( Pandai Besi )
En. Abdul Rahman Bin Mohamad

BATIK SELAT
( Batik )
Cik Azlina Binti Azlan

 
 RAS BATIK
( Batik )
En. Rasli Bin Tumin

D FIZZYA COLLECTION
( Batik )
En. Wan Mohd Hafiz Bin Wan Hamid

SHAHCOMEL BATEK COLLECTION
( Batik )
Puan Asmah Binti Abdullah

GM CHOO ART GALLERY
( Batik Painting )
 En.Choo Git Man

DE KREATIS ART & TRADING
( Kayu )
En. Mohamad Rosdi Bin Soperi

 WARISAN SENI HAJI KASSIM ENTERPRISE
( Kompang )
En. Alias Bin Besah

 KUNITA ( KUMPULAN NELAYAN WANITA )
( Anyaman Rombong )
Puan Amnah Binti Abdulla

 SABENAR SINAR ENTERPRISE
( Anyaman Rotan )
Puan Kamsiah Binti Kassim

 KRAF ROTAN ISHAK
( Anyaman Rotan )
En. Ishak Bin Kassim

 ABU DZAR ABDDULAH
( Pandai Besi )
En. Abu Dzar Bin Abdullah

 PKKM CAWANGAN MELAKA
( Replika Rumah Melaka / Bunga Daun Getah / Tempurung / Anika Kraf Kayu dan Rotan )

ASRINA CRAFT ENTERPRISE 
( DEMONSTRASI PRODUK KRAF SURAT KHABAR )
Puan Rozalina Binti Abdul Rahman

March 12, 2013

Takziah Kepada Keluarga Encik Shukri




Takziah kepada Encik Ahmad Shukri Bin Alias, Ketua Unit Pentadbiran, Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka di atas pemergian ibunya ke rahmatullah pada 9 Mac 2013 yang lalu. Semoga roh ibunya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH

March 10, 2013

Himpunan Kasih Sayang Komuniti 1Malaysia


Pada 2 Mac 2013 yang lalu, Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah dijemput untuk menyertai aktiviti demonstrasi mencanting batik dan interaktif kraf mewarna batik sempena Program Himpunan Kasih Sayang Komuniti 1Malaysia Peringkat Negeri Melaka di Padang Taman Bertam Perdana, Melaka. Program yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 1 dan 2 Mac 2013 itu telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka.