February 20, 2013

HKK Datang Kembali



Hari Kraf Kebangsaan 2013 (HKK2013) menghimpunkan seramai lebih 450 orang usahawan pelbagai bidang seperti tekstil, hasil rimba, seramik, hasil logam dan aneka kraf dari seluruh negara. Pelbagai produk kraf menarik yang akan dijual sepanjang promosi HKK2013 ini.

Kategori Kraf Jenis Produk




Tekstil
Batik - Canting, Blok, Skrin
  • Pakaian
  • Selendang & Pareo
  • Hiasan & Cenderamata
Songket & Tenun

  • Pakaian
  • Hiasan & Cenderamata




Hasil Rimba
Kayu, Rotan, Buluh, Mengkuang, Pandan, Daun Sal,
Bemban, Ribu-ribu, Tempurung Kelapa, Daun Kering

  • Produk Hiasan Rumah, Lanskap & Taman
  • Produk Hadiah & Cenderamata




Hasil Tanah
Tanah Liat, Batuan, Marmar, Kaca dan lain-lain
  • Produk Kraf Seramik Tradisional, Moden & Kontemporari
  • Produk Aksesori Hiasan Berasaskan Seramik
  • Produk Seramik Hiasan Rumah
  • Produk Seramik Hiasan Taman
  • Produk Cenderamata Seramik


Logam
Emas, Perak, Piuter, Besi, Platinum, Tembaga dan lain-lain
  • Produk Aksesori & Perhiasan Diri
  • Produk Hadiah & Cenderamata
  • Produk Senjata Tradisional


Aneka Kraf
Mutiara, Manik, Barangan Kulit, Siput dan lain-lain
  • Produk Aksesori & Perhiasan Diri
  • Produk Hadiah & Cenderamata

Makluman lanjut sila layari laman web http://hkk.kraftangan.gov.my

February 06, 2013

Selamat Pengantin Baru Encik Asrul Sani



Selamat pengantin baru diucapkan kepada Encik Asrul Sani bin Mohd Zamberi, Pereka Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka yang telah melangsungkan majlis perkahwinan bersama pasangannya, Puan Nurimah binti Haji Abd Rahim pada 3 Februari 2013 (Ahad) yang lalu. Majlis telah diadakan di rumah pengantin perempuan di Kg Delek Kiri, Klang. Tahniah diucapkan kepada beliau dan semoga perkahwinan yang dibina akan berbahagia hingga ke akhir hayat.


February 04, 2013

Selamat Datang Warga Baru Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka


Makluman buat semua mulai 1 Februari 2013, Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka akan menerima warga baru iaitu Encik Mohd Ridzwan bin Misran. Beliau akan menggalas tugas sebagai Timbalan Pengarah dan sebelum ini beliau telah bertugas di Unit Perolehan, Bahagian Kewangan dan Pembangunan di Ibu Pejabat, Kompleks Kraf Kuala Lumpur. 

Selamat datang kami ucapkan, semoga semua dapat memberikan kerjasama dan komitmen kepada beliau dalam menjalankan tugasan.