January 24, 2013

MBT Pembuatan Beg Anyaman Rotan



MAKMAL BIMBINGAN TEKNIK PEMBUATAN BEG ANYAMAN ROTAN
14-19 JANUARI 2013

Makmal Bimbingan Teknik (MBT) Pembuatan Beg Anyaman Rotan telah diadakan di Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka pada 14 hingga 19 Januari 2013. Seramai 25 orang usahawan dari negeri Melaka, Terengganu, Pahang, Sabah dan Negeri Sembilan telah menyertai makmal yang berlangsung selama 6 hari ini. 2 orang tenaga pengajar telah dilantik iaitu Encik Ishak bin Kassim, Adiguru Kraf dari negeri Melaka dan Encik Zaidi bin Dolrani.


January 23, 2013

MBT Pembuatan, Pembentukan dan Pewarnaan Kraf Aneka (Surat Khabar)





MAKMAL BIMBINGAN TEKNIK PEMBUATAN, PEMBENTUKAN DAN PEWARNAAN KRAF ANEKA (SURAT KHABAR)
14-19 JANUARI 2013

Makmal Bimbingan Teknik (MBT) Pembuatan, Pembentukan dan Pewarnaan Kraf Aneka (Surat Khabar) telah diadakan di Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka pada 14 hingga 19 Januari 2013. Seramai 12 orang usahawan dari negeri Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor telah menyertai makmal yang berlangsung selama 6 hari ini. Puan Rozalina binti Abdul Rahman, usahawan kraf surat khabar dari negeri Melaka telah dilantik sebagai tenaga pengajar bagi membimbing para peserta.