December 20, 2013

Pendidikan Bersama SMK Tinggi Perempuan Melaka


Pada 13 Novemberv 2013 (Rabu), Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah dijemput untuk mengadakan aktiviti Ceramah Pendidikan Bersama Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka di SMK Tinggi Perempuan Melaka anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling, Barisan Pentadbir dan Guru-guru Tingkatan 3 sekolah berkenaan. Seramai 212 orang pelajar tingkatan 3 telah menyertai aktiviti tersebut.

Tujuan aktiviti ini dilaksanakan untuk mengisi masa lapang pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan PMR, bagi menangani gejala ponteng sekolah dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan pelajar-pelajar Tingkatan 3.

December 19, 2013

Tawaran Menyertai Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2014



TAWARAN MENYERTAI AKTIVITI JUALAN KRAF SEMPENA SAMBUTAN 
HARI KRAF KEBANGSAAN (HKK) 2014

Sukacita pihak kami menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas. 

Untuk makluman, Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Hari kraf Kebangsaan 2014 bermula 26 Febuari hingga 10 Mac 2014 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay Kuala Lumpur.

Kepada Usahawan Kraftangan Melaka, tuan/puan ditawarkan untuk menyertai aktiviti jualan ini dan maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan Urusetia Cawangan Melaka iaitu En Mohd Ridzwan Misran, Pn. Hajah Nor Rashidah Ahmad atau En. Mohd Firdaus Abdullah Sani (017-5952187). Borang Penyertaan, Manual Penyertaan dan Kriteria Pemilihan Usahawan boleh didapati di Kompleks Kraf Melaka, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka. 

Tarikh Tutup penghantaran Borang Penyertaan yang telah dilengkapkan pada atau sebelum 06 Januari 2014 (Isnin) beserta Bukti Pembayaran dan tiga keping gambar produk baru untuk rujukan dan semakan pihak urusetia Ibu Pejabat.

Kesemua dokumen ini perlu dikembalikan kepada urusetia Cawangan Melaka.



December 13, 2013

LJP Pembuatan Kasut


LATIHAN JANGKA PENDEK PEMBUATAN KASUT
17 SEPTEMBER-16 DISEMBER 2013


Latihan Jangka Pendek (LJP) Pembuatan Kasut sedang dijalankan di Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka bermula pada 17 September hingga 16 Disember 2013. Seramai 3 orang telah menyertai latihan ini dengan mendapat tunjuk ajar dari tenaga pengajar yang dilantik iaitu Encik Juhari bin A.Rani, usahawan kraf kasut dari negeri Johor.




December 12, 2013

LJP Anyaman Rotan



LATIHAN JANGKA PENDEK ANYAMAN ROTAN
17 SEPTEMBER-16 DISEMBER 2013


Latihan Jangka Pendek (LJP) Anyaman Rotan sedang dijalankan di Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka bermula pada 17 September hingga 16 Disember 2013. Seramai 4 orang telah menyertai latihan ini dengan mendapat tunjuk ajar dari tenaga pengajar yang dilantik iaitu Encik Ishak bin Kassim, Adiguru Kraf dalam bidang rotan dari negeri Melaka. 







December 10, 2013

MBT Tempurung Sesi 2/2013


MAKMAL BIMBINGAN TEKNIK TEMPURUNG SESI 2/2013
1-6 DISEMBER 2013

Makmal Bimbingan Teknik (MBT) Tempurung Sesi 2/2013 telah diadakan di Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka pada 1 hingga 6 Disember 2013. Seramai 10 orang usahawan dari Melaka, Perak, Perlis, Selangor dan Kedah telah menyertai makmal ini.














November 01, 2013

Lawatan Dari SK Kem Terendak 1, Sungai Udang, Melaka


Pada 31 Oktober 2013 (Khamis), Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah menerima lawatan dari pelajar Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1 Sungai Udang, Melaka. Seramai 85 orang pelajar dan 3 orang guru telah menyertai lawatan tersebut. 

October 30, 2013

Lawatan Dari SK Leftenen Adnan, Kajang


Pada 28 Oktober 2013 (Isnin), Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah menerima lawatan dari pelajar Sekolah Kebangsaan Leftenen Adnan, Kajang, Selangor. Seramai 80 orang pelajar dan 4 orang guru telah menyertai lawatan tersebut.











October 10, 2013

Salam Takziah


Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raaji'uun

Salam Takziah daripada warga Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka kepada Tuan Haji Ramli bin Mohd Noor, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) di atas pemergian isteri tersayang Allahyarhamah Puan Hajah Rahimah binti Kadir ke rahmatullah pada 9 Oktober 2013 di Hospital Seremban, Negeri Sembilan.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan para anbia' dan ahli Syurga Firdausi. Al-Fatihah..

September 27, 2013

Lawatan Dari Pusat Pemulihan Narkotik, Sungai Dua, Melaka


Pada 25 September 2013 (Rabu), Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah menerima lawatan dari pelatih Pusat Pemulihan Narkotik, Sungai Dua, Melaka. Seramai 60 orang pelatih dan 8 orang pengajar telah menyertai lawatan tersebut.

















September 12, 2013

Lawatan Dari SK Alai, Melaka


Pada 10 September 2013 (Selasa), Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah menerima lawatan dari pelajar Sekolah Kebangsaan Alai, Melaka. Seramai 44 orang pelajar dan 2 orang guru telah menyertai lawatan tersebut. 

September 10, 2013

MBT Pembuatan Beg Anyaman Rotan Sesi 4/2013



MAKMAL BIMBINGAN TEKNIK PEMBUATAN BEG ANYAMAN ROTAN SESI 4/2013
2-7 SEPTEMBER 2013


Makmal Bimbingan Teknik (MBT) Pembuatan Beg Anyaman Rotan Sesi 4/2013 telah diadakan di Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka pada 2 hingga 7 September 2013. Seramai 33 orang usahawan dari Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Sabah dan Sarawak telah menyertai makmal yang berlangsung selama 6 hari ini. Tenaga pengajar yang dilantik seramai 2 orang iaitu Encik Ishak bin Kassim, Adiguru Kraf Rotan dan Encik Zaidi bin Dolrani, pengajar kraf yang berpengalaman.