November 20, 2012

Promosi Kraf Malaysia Di Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan



Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka menjemput Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan untuk mengunjungi dan membeli belah sempena Promosi Kraf Malaysia yang akan diadakan pada 23 November 2012 hingga 03 Disember 2012 bertempat di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Melaka Bandaraya Bersejarah. Promosi ini bermula jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam.

Bagi memeriahkan acara ini, aktiviti seperti Interaktif Anyaman Rotan, Interaktif Mewarna Batik, permainan tradisional seperti Congkak, dan Batu Seremban turut terdapat disini.

Dapatkan pelbagai Produk Kraf  Malaysia seperti pakaian siap Batik lelaki dan wanita, kain pasang Batik, Songkok, Kasut Manik, perhiasan diri lelaki dan wanita dari Piuter, Logam, Manik dan Mutiara, pelbagai jenis Senjata Melayu, Bunga Daun Getah, Replika Rumah Melaka, Alatan Muzik Kompang, Gasing dan Tatarias Inai turut tersedia. 
Sila kunjungi dan lawatilah promosi ini. 

Belilah Barangan Kraf Malaysia