August 29, 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55


SELAMAT MENYAMBUT 
HARI KEMERDEKAAN YANG KE-55 
JANJI DITEPATI


MEREDAH SASA BUMI MELAKA,
AMALAN DAYANG PENGGERAK HIASAN
INDAH SENTOSA BUMI MERDEKA,
TINGGALAN MOYANG TUNGGAK WARISAN.

BERLAPIS CEMPAKA DI SISI KEKWA,
INDAH REDUP DIHIAS MELATI;
SEMANGAT MERDEKA KEKAL DI JIWA,
NESCAYA HIDUP LEBIH BERERTI.

RAWA DI TANJUNG KEMAS DIPAKU,
DI DADA JEJAWI BERSILANG HIASAN;
JIWA MEYANJUNG LAGU NEGARAKU,
TANDA PERTIWI DIJULANG WARISAN.

AWAN TENANG BERSERI HIASAN,
KEDIDI DI HUTAN RIUH BELAKA;
PAHLAWAN DIKENANG WATAN WARISAN,
MENJADI IKUTAN RAKYAT MERDEKA.

HALUS TERATUR JAMBANGAN CEMPAKA,
DI TEPI JEJAWI MOLEK KEDIDI;
TAKKAN LUNTUR SEMANGAT MERDEKA,
DIJULANG PERTIWI SENTOSA ABADI.

REMAJA KINI MENJULANG NUSA,
BAGAI CAHAYA MENYERI PANDANGAN;
MALAYSIA HARMONI AMAN SENTIASA,
DENGAN ADANYA PEMIMPIN SANJUNGAN.

CINDAI SI DESA SELASIH MEWAJAH,
GAMAT MELAKA BERTINGKAH KELICAP;
ANDAI NUSA MASIH DIJAJAH,
NIKMAT MERDEKA DAPATKAH DIKECAP?

Sumber: http://suhaimica.blogspot.com/2011/02/pantun-merdeka.html
http://joharshuib.blogspot.com


August 13, 2012

Program Memasak Bubur Lambuk Agensi KPKK Negeri Melaka

PROGRAM BUBUR LAMBUK
KERJASAMA  AGENSI KPKK
13 OGOS 2012
JABATAN PENYIARAN NEGERI MELAKA













August 06, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H



 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DARI SELURUH WARGA 
KRAFTANGAN MALAYSIA 
CAWANGAN MELAKA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

video


Bulan Ramadhan kita berpuasa
Syawal tiba kita beraya
jangan membazir bila masa
banyak bersedekah ada baiknya

August 04, 2012

Program Semarak Merdeka Dan Pelancaran Konvoi Kembara Jalur Gemilang Ramadhan Dan Aidilfitri


PERASMIAN PROGRAM SEMARAK MERDEKA DAN PELANCARAN KONVOI KEMBARA JALUR GEMILANG RAMADHAN DAN AIDILFITRI
DI AG SENTRAL, ALOR GAJAH.
02 OGOS 2012








PROGRAM PENGEDARAN BUBUR LAMBUK 
Anjuran bersama 
Majlis Perbandaran Alor Gajah dan A'Famosa Resort, Melaka
Pada : 02 ogos 2012
Jam : 4.00 petang
Tempat : Susur Keluar Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka