March 16, 2012

Hari Kraf Kebangsaan 2012





Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Hari Kraf Kebangsaan 2012 (HKK2012) yang akan bermula pada 21 Mac hingga 2 April 2012 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Penganjuran kali ke 10 tahun ini memaparkan konsep 'Pop Art' dengan mengetengahkan pembaharuan dalam penganjuran.

Objektif penganjuran Hari Kraf Kebangsaan adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan terhadap penglibatan dan sumbangan usahawan dan penggiat kraf dalam membangunkan industri kraf negara serta meningkatkan pendapatan usahawan kraf sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Hari Kraf Kebangsaan 2012 menampilkan tema "Kraf Penjana Ekonomi Rakyat" yang membawa maksud produk kraf bukan sahaja dapat digunakan untuk kegunaan harian malah ia boleh dijadikan satu perniagaan yang dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara, sekali gus dapat memakmurkan rakyat Malaysia.

sumber : http://hkk.kraftangan.gov.my/index.html