January 20, 2012

Selamat Tahun Baru Cina 2012


SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA
DARI KAMI ANGGOTA KERJA
PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA
CAWANGAN MELAKA.



HAPPY CHINESE NEW YEAR ...



January 19, 2012

Lawatan YBhg. Dato' Pengerusi

LAWATAN
YANG BERBAHAGIA DATO' HAJI SOHAIMI SHAHADAN
PENGERUSI
PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA
KE
KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN MELAKA


Yang Berbahagia Dato' Haji Sohaimi Shahadan, Pengerusi baru bagi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah berkunjung ke PKKM Cawangan Melaka sempena Lawatan Rasmi beliau ke seluruh cawangan Kraftangan Malaysia pada 18 Januari 2012 yang lalu.

Pada lawatan tersebut, beliau berkesempatan meluangkan masa memberikan amanat kepada anggota kerja PKKM Cawangan Melaka berlandaskan kepada Pelan Transformasi Kraf Negara. Beliau sempat beramah mesra bersama kakitangan PKKM Cawangan Melaka dan turut berkunjung ke Galeri PKKM Cawangan Melaka, Bengkel Inkubator serta berkunjung ke beberapa bengkel Pengusaha Kraf Melaka. YBhg Dato' Haji Sohaimi turut meluangkan masa melawat ke tapak projek Kompleks Budaya Kraf Melaka di Ayer Keroh Melaka.

Yang Berbahagia Dato' Haji Sohaimi Bin Shahadan
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

Anggota PKKM Cawangan Melaka berkesempatan mengabadikan kenangan bersama YBhg Dato' Haji Sohaimi Shahadan.

Taklimat dan amanat daripada YBhg Dato' Haji Sohaimi kepada anggota kerja PKKM Cawangan Melaka.

Puan Aididah Ibrahim Pengarah PKKM Cawangan Melaka memberikan sedikit taklimat mengenai Galeri PKKM Cawangan Melaka.

YBhg Dato' Haji Sohaimi menurunkan tandatangan di Buku Pengunjung di Galeri PKKM Cawangan Melaka.

Bengkel Inkubator Pewter milik Syarikat Hibiscus Art Enterprise dan Kasturi Heritage & Trading.

Bengkel Inkubator Batik, Syarikat Farid'za Batik Collection milik Cik Nurul Hafiza binti Mat Radzi.

YBhg Dato' Haji Sohaimi menunjukan bakat memutarkan gasing di Bengkel Syarikat Gasing Lagenda Enterprise milik En. Rimy Azizi Bin Ab. Karim.

Bengkel Kraf Rotan Ishak, milik Encik Ishak Bin Kassim, Adiguru Kraf Rotan, Melaka.

Lawatan ke tapak projek Kompleks Budaya Kraf Melaka di Ayer Keroh, Melaka.