December 24, 2012

BT Pencelupan Dan Pewarnaan Mengkuang


 BIMBINGAN TEKNIK PENCELUPAN DAN PEWARNAAN MENGKUANG
18-19 DISEMBER 2012









December 18, 2012

BT Replika Rumah


 BIMBINGAN TEKNIK REPLIKA RUMAH
10-14 DISEMBER 2012









December 17, 2012

BT Logam (Etching)


BIMBINGAN TEKNIK LOGAM (ETCHING)
10-14 DISEMBER 2012












December 16, 2012

Aishah Bergelar Ibu


Tahniah diucapkan kepada Puan Siti Aishah binti Kasa, Pengajar Kraf Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka kerana telah mendapat cahayamata pada 13 Disember 2012 yang lalu. Beliau telah selamat melahirkan anak lelaki pada jam 3.00 pagi. Bayi comel tersebut telah diberi nama Ahmad Rizqi bin Mohamad Rosdi.



December 14, 2012

Salam Takziah Kepada Keluarga Puan Saadiah


SALAM TAKZIAH


Salam dan ucapan Takziah kepada keluarga Puan Saadiah dari Syarikat Bintara Kraf, usahawan Kraftangan Negeri Sembilan atas pemergian suami beliau ke Rahmatullah pada pagi tadi 14 Disember 2012 ( Jumaat ). Pengarah dan seluruh warga kerja  serta usahawan Kraftangan Negeri Melaka mendoakan semoga roh allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. 
Al- Fatihah.....

December 10, 2012

Karnival Rukun Tetangga Parlimen Bukit Katil


 KARNIVAL RUKUN TETANGGA 
PARLIMEN BUKIT KATIL 2012
DI 
DEWAN TUN ALI, BUKIT KATIL, MELAKA
09 DISEMBER 2012

 
Program ini dilaksanakan oleh Jabatan Ketua Menteri dan JPNIN Melaka dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga ( KRT) di bawah Parlimen Bukit Katil. Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka turut dijemput menyertai Karnival Rukun Tetangga Parlimen Bukit Katil, Melaka bertempat di Dewan Tun Ali, Bukit Katil pada 09 Disember 2012 hari Ahad yang lalu. 
 Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh pihak penganjur dan beberapa agensi turut terlibat didalam program ini. 

Bagi memeriahkan program ini Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka menyediakan beberapa aktiviti seperti Demonstrasi Kraf Anyaman Rombong oleh Puan Amnah Abdulla dari syarikat KUNITA serta pembantunya. Demonstrasi Anyaman Rotan oleh En. Ishak Kassim  dari Kraf Rotan Ishak dan En. Zaidi Dol Rani.  

Bagi menarik minat dan pengalaman merasai sendiri mencanting dan mewarna batik, Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka mengadakan aktiviti Interaktif Kraf Batik. Semua golongan tidak kira peringkat umur, bangsa dan jantina, semua boleh mencuba sendiri Interaktif Kraf Batik ini. Puan Khairal Masita Ibrahim bertanggungjawab menyelia aktiviti Interaktif Kraf Batik dengan di bantu oleh anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka

YAB Datuk Seri Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka turut singgah di Booth Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka dan menurunkan tandatangan beliau pada lukisan batik yang telah dihasilkan oleh En.Mahadi ( Juru Demonstrasi dan Interaktif Batik ).

















November 20, 2012

Promosi Kraf Malaysia Di Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan



Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka menjemput Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan untuk mengunjungi dan membeli belah sempena Promosi Kraf Malaysia yang akan diadakan pada 23 November 2012 hingga 03 Disember 2012 bertempat di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Melaka Bandaraya Bersejarah. Promosi ini bermula jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam.

Bagi memeriahkan acara ini, aktiviti seperti Interaktif Anyaman Rotan, Interaktif Mewarna Batik, permainan tradisional seperti Congkak, dan Batu Seremban turut terdapat disini.

Dapatkan pelbagai Produk Kraf  Malaysia seperti pakaian siap Batik lelaki dan wanita, kain pasang Batik, Songkok, Kasut Manik, perhiasan diri lelaki dan wanita dari Piuter, Logam, Manik dan Mutiara, pelbagai jenis Senjata Melayu, Bunga Daun Getah, Replika Rumah Melaka, Alatan Muzik Kompang, Gasing dan Tatarias Inai turut tersedia. 
Sila kunjungi dan lawatilah promosi ini. 

Belilah Barangan Kraf Malaysia


October 02, 2012

Encik Shahron Mendapat Anak Perempuan


Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Shahron bin Mat Desa, Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka kerana telah mendapat cahayamata ketiganya. Isterinya telah selamat melahirkan anak perempuan seberat 3 kg. Bayi comel tersebut telah diberi nama Dhia Delissa Sophea binti Mohd Shahron.




October 01, 2012

BT Tempurung, Anyaman Rotan Dan Daun Getah


BIMBINGAN TEKNIK TEMPURUNG, ANYAMAN ROTAN DAN DAUN GETAH
24-29 SEPTEMBER 2012