September 08, 2011

Promosi Kraf Malaysia Di Mahkota Parade

PROMOSI KRAF MALAYSIA PERINGKAT NEGERI MELAKA 2011
MAHKOTA PARADE, BANDA HILIR MELAKA
12 HINGGA 24 OGOS 2011


Dekorasi Pentas Utama dan Booth Jualan bertemakan Arabic. Sangat menarik bagi menimbulkan lagi mood Hari Raya.


Syarikat Gasing Lagenda Enterprise mengambil bahagian dalam aktiviti jualan kali ini. Gasing hasil buatan tangan Encik Rimy Azizi Ab. Karim boleh didapati dalam pelbagai saiz, bentuk, kegunaan malahan terdapat juga gasing yang diolah menjadi produk pelbagai guna. Turut dijual gasing yang digunakan sebagai permainan, hiasan rumah, cenderamata korporat dan tidak ketinggalan dalam bentuk Key Chain.


Hasil Batik Canting dan Batik Blok keluaran Syarikat MIFA Batek yang merupakan peserta Inkubator PKKM Cawangan Melaka mula mendapat perhatian. Produk yang dihasilkan menggunakan warna-warna garang yang menarik perhatian pengguna dalam dan luar negara. Antara produk terlaris syarikat kelolaan empunya nama Tuan Abdul Fatah Bin Tuan Yaakob ini adalah Kain Pasang, Pario, Kemeja lelaki, Blouse Wanita dan produk cenderamata seperti Poskad Batik dan lain-lain.


AJ Nadi Sdn Bhd syarikat Puan Rosmah Mustaffah menyediakan produk berasakan pewter yang terdiri daripada aksesori wanita seperti kerongsang, dokoh, rantai, cucuk sanggul, pin dan sebagainya. Terdapat juga produk cenderamata korporat, hiasan rumah selain perhiasan diri wanita dan lelaki.


GM Choo Art Gallery tidak ketinggalan mengikuti promosi kali ini dengan mempamerkan kehalusan hasil lukisan batik oleh Encik Choo Git Man. Lukisan batik beliau boleh didapati dalam pelbagai saiz iaitu dalam saiz penanda buku, poskad, frame dan sebagainya. Pelbagai motif lukisan batik beliau menarik perhatian ramai. Antaranya panorama Banda Hilir, Melaka yang memaparkan suasana kehidupan masyarakat Melaka.


Encik Alwi dari Syarikat Alwi Batik, Kelantan turut berpeluang menyertai promosi ini. Beliau menjual produk berasaskan Batik Canting dan Batik Blok iaitu Kain Pasang,Kemeja Lelaki, Baju Kurung Wanita serta hasil Tenunan Songket.

Ras Batik sentiasa mengekalkan identiti motif rekaan beliau yang tersendiri. Hasil kerja Encik Rasli Tumin boleh didapati dalam bentuk Baju Kemeja Lelaki, Blouse Wanita, Pakaian Kanak-kanak, Kain Pasang dan sebagainya.


De' Legend Craft Enterprise menghasilkan produk aksesori yang terdiri daripada hiasan diri wanita dari hujung rambut ke hujung kaki. Selain itu turut terdapat cenderamata untuk pelbagai golongan dan hiasan kediaman. kepada yang berminat bolehlah menhubungi Encik Mohamad Azrai Husin.


Turut dipamerkan adalah bakul Anyaman Rotan hasil kerja peserta-peserta Latihan Jangka Pendek (LJP) Anyaman Rotan 2011. PKKM Cawangan Melaka melantik Encik Ishak Kassim dari Syarikat Kraf Rotan Ishak sebagai tenaga pengajar selama 6 bulan.


Aktiviti Mewarna Batik pada promosi kali ini amat mendapat perhatian. Peserta terdiri daripada pelbagai peringkat umur tanpa mengira Bangsa, Agama dan Warna Kulit.


Pengunjung dari Korea yang datang melancong ke Melaka tidak melepaskan peluang mencuba mewarna Batik Canting yang dicanting oleh Encik Mahadi.

Pengunjung dari Arab Saudi turut tidak ketinggalan mencuba bakat mewarna Batik Canting. First Time katanya.


Suasana dari tingkat atas menyaksikan para peserta tekun menyiapkan hasil kerja masing-masing. Para pengunjung juga tidak melepaskan peluang melihat.


Kanak-kanak tidak ketinggalan meluangkan masa mewarna batik sementara menunggu ibu bapa membeli belah untuk persiapan Hari Raya.

Antara hasil peserta yang melibatkan diri.


Promosi ini turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan oleh JKKN Melaka yang menyajikan persembahan yang menarik dan mantap walaupun ketika Bulan Ramadhan.

Pengunjung terpegun dengan persembahan yang diberikan.


Persembahan 1Malaysia yang menggabungkan pelbagai jenis tarian kebudayaan Malaysia menarik perhatian para pengunjung

Semoga Promosi seperti ini akan dapat diadakan setiap tahun bagi mempromosikan Barangan Kraftangan Malaysia selain menambahkan pendapatan pengusaha Kraftangan Melaka khususnya disamping mempromosikan Negeri Melaka sendiri.