July 18, 2011

Hari Bertemu Pelanggan 2011



Sambutan Hari Bertemu Pelanggan 2011
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka 2011


Sambutan Hari Bertemu Pelanggan PKKM Cawangan Melaka telah berlangsung dengan meriahnya pada 12 Julai 2011 yang lalu bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Pelbagai pengisian dilaksanakan bertujuan untuk mendapatkan maklum balas pelanggan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kraftangan Malaysia. Selain itu juga langkah-langkah penambahbaikan akan segera diambil bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Kraftangan Malaysia. Bagi merealisasikan program ini, beberapa aktiviti turut diadakan iaitu Taklimat Korporat, Sesi Dialog, Kempen Penggunaan Laman Web Rasmi Kraftangan Malaysia serta Kaunter Helpdesk. Program ini merupakan penganjuran kali ke-2 sejak 2010, dengan memilih tarikh 12 Julai setiap tahun sebagai Hari Bertemu Pelanggan Kraftangan Malaysia.

Hajah Nor Rashidah Ahmad selaku pengacara majlis pada sambutan Hari Bertemu Pelanggan kali ini.

Para usahawan yang hadir mengaminkan doa yang dibacakan oleh kakitangan PKKM Cawangan Melaka.

Encik Ahmad Fazil Zakaria, Pengarah PKKM Cawangan Melaka, memberikan ucapan alu-aluan dengan membacakan teks ucapan Ketua Pengarah Perbadanan kemajuan Kraftangan Malaysia dan seterusnya menyampaikan Taklimat Korporat yang menjelaskan kepada para usahawan kraf berkaitan dengan akitiviti penganjuran kraftangan Malaysia dan skim-skim yang disediakan untuk para usahawan.


Para usahawan memberikan perhatian ketika Sesi Dialog dijalankan. Sesi ini merupakan ruang untuk para usahawan kraf mengemukakan pandangan, cadangan serta maklum balas secara terus dengan pihak Kraftangan Malaysia.


Suasana Hari Bertemu Pelanggan PKKM Cawangan Melaka ketika awal pagi.

Antara gerai jualan para Usahawan Kraf yang mengambil bahagian bagi memeriah sambutan kali ini.



Cik Nur Aslindawati Rosli, Hajah Nor Rashidah Ahmad dan En. Ahmad Shukri Alias sebagai urusetia pendaftaran dan urusetia Kaunter Helpdesk. Mereka memberikan fokus kepada penyampaian perkhidmatan terhadap perkara-perkara seperti melayani pelanggan yang berurusan meliputi pertanyaan, aduan, khidmat nasihat dan maklum balas pelanggan.

Menjalankan fungsi perkhidmatan helpdesk kepada pelanggan yang berurusan. Mengurus dan memantau semua urusan pelanggan. Membuat kajian dan pengukuran tahap kepuasan pelanggan serta mengemukakan cadangan penambahbaikan, serta menjalinkan hubungan baik antara organisasi dengan pelanggan.

Persiapan Aktiviti Interaktif Kraf Seramik dan Batik dilaksanakan oleh Pn. Siti Aishah Kasa dan En. Mohd Firdaus dengan bantuan urusetia yang lain.

Antara peserta yang mengambil bahagian dalam akitiviti Interaktif kraf Seramik.

Pengunjung turut menyaksikan aktiviti interaktif yang dijalankan.

Peserta tekun menyiapkan hasil tangan masing-masing.

Peserta menunjukkan pasu seramik yang telah siap dicorak dan diwarnakan.

Hasil kerja semua peserta dipamerkan dan diadili oelh juri yang terdiri dari barisan urusetia PKKM Cawangan Melaka.


Persiapan Akitiviti Interaktif Kraf Batik oleh Pn. Aishah dan dibantu pelajar-pelajar parktikal dari UiTM, UTM dan UNISZA.


Peserta yang mengambil bahagian menunjukkan bakat masing-masing mewarna batik.


Kemeriahan suasana hari Bertemu Pelanggan PKKM Cawangan melaka dapat dirasai melalui aktiviti yang melibatkan usahawan dan kakitangan PKKM sendiri.


Gerai Jualan yang mengambil bahagian :- Mateng Sasro Enterprise, En. Abdul Rahman Muhamad - Parang dan Keris.

Sunabah Enterprise :- En. Balasaravanan A/L Sundararaju - Seramik

Gasing Lagenda Enterprise :- Rimy Azizi Ab Karim - Gasing

Buyer & Young :- Cik Natassia Juliana Zaini - Hasil Kraf kreatif
( cangkerang, bahan kitar semula )

Pengunjung yang berminat dengan parang hasil tangan Mateng Sasro Enterprise.

Acara penutup diserikan lagi dengan pertandingan karaoke terbuka. Pertandingan ini turut mendapat perhatian pengunjung, usahawan malahan kakitangan PKKM sendiri. Puan Norhayati Salleh dari Paling Atas Enterprise membuat persembahan pertama.

En. Abdul Rahman menyampaikan lagu dengan gaya tersendiri.

Cik Nur Aslindawati berduet dengan Amirul Siddiq dari UNISZA.

Cik Hadawiyah Kamis dari UiTM menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh Ramlah Ram. Diam-Diam Jatuh Cinta.

Pn. Siti Aishah dan En. Mohd Asrul Sani menyampaikan lagu Seiring Dan Sejalan.

Acara pada petang itu diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan. Encik Ahmad fazil, pengarah PKKM Cawangan Melaka menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Cik Izzatul Aishah pemenang tempat ke-3 acara mewarna seramik.

Cik Natassia Juliana pemenang tempat pertama acara mewarna seramik.

Puan Norhayati pemenang tempat ke-3 acara karaoke.

Sambutan Hari Bertemu Pelanggan PKKM Cawangan Melaka berakhir kira-kira jam 3.00 petang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Jumpa lagi tahun hadapan.


July 05, 2011

Jemputan Ke Program Hari Bertemu Pelanggan 2011



Hari Bertemu Pelanggan
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Peringkat Negeri Cawangan Melaka bagi tahun 2011
12 Julai 2011
Perkarangan PKKM Cawangan Melaka




Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) sekali lagi menganjurkan sambutan Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Negeri Melaka 2011. Hari bertemu pelanggan Kraftangan Malaysia telah diisytiharkan pada 12 Julai setiap tahun sebagai sambutan Hari Bertemu Pelanggan dan julung kalinya diadakan pada 12 Julai 2010. Bagi tahun 2011 pelaksanaan Hari Bertemu Pelanggan Kraftangan Malaysia akan diadakan pada 12 Julai yang melibatkan semua cawangan yang dianjurkan serentak. Di PKKM Cawangan Melaka, sambutan ini akan bermula jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang.

Tujuan Hari Bertemu Pelanggan Kraftangan Malaysia adalah untuk mendapat maklum balas pengguna berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kraftangan Malaysia dan mendapatkan cadangan bagi mengambil langkah-langkah penambahbaikan serta meningkatkan mutu perkhidmatan Kraftangan Malaysia.

Program ini merupakan pendekatan penyampaian maklumat perkhidmatan yang disediakan oleh Kraftangan Malaysia kepada pelanggan yang terdiri dari usahawan kraf, orang awam, peniaga kraf dan sahabat kraf.

Sempena Hari Bertemu Pelanggan 2011, Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka akan mengadakan aktiviti seperti taklimat korporat yang merangkumi peranan, fungsi, tanggungjawab dan bantuan-bantuan yang disediakan oleh Kraftangan Malaysia kepada usahawan kraf tayangan video korporat sesi dialog di antara usahawan kraf dan Kraftangan Malaysia kempen penggunaan laman web rasmi Kraftangan Malaysia kepada usahawan kraf kaunter helpdesk dan soal selidik dan jualan/ demonstrasi/ interaktif kraf.

Sesi dialog diperkenalkan pada Hari Bertemu Pelanggan 2011 bertujuan mendapatkan maklum balas usahawan kraf secara terus dan cepat berkaitan dengan organisasi, penganjuran aktiviti, skim dan bantuan yang disediakan serta permasalahan yang dihadapi. Maklum balas yang diterima akan dianalisis untuk mempertingkatkan perkhidmatan yang disediakan kepada usahawan kraf.

Kaunter helpdesk memberi fokus kepada penyampaian perkhidmatan dan pengendalian soal selidik secara komprehensif terhadap perkara-perkara berikut:melayani pelanggan yang berurusan meliputi pertanyaan, aduan, khidmat nasihat dan maklum balas pelanggan menjalankan fungsi perkhidmatan helpdesk kepada pelanggan yang berurusan mengurus dan memantau semua urusan pelanggan; membuat kajian dan pengukuran tahap kepuasan pelanggan serta mengemukakan cadangan penambahbaikan dan menjalinkan hubungan baik antara organisasi dengan pelanggan.

Adalah menjadi harapan, Hari Bertemu Pelanggan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka akan mendapat maklumbalas positif terutamanya kehadirian usahawan kraf pada hari tersebut serta dapat memberikan cadangan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Kraftangan Malaysia.

Sekian Terima Kasih.

~ BUDI BAHASA BUDAYA KITA ~