June 29, 2011

Pakaian Rasmi Untuk Kakitangan Agensi KPKK Negeri Melaka


Pakaian Rasmi Batik Untuk Kakitangan Jabatan Di Bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Negeri Melaka.

Pakaian Wanita : ( Tidak Termasuk Harga Jahit ) Kain Sutera Creepe Dshine RM250.00

Pakaian Kemeja Lelaki : Kain Sutera Creepe Dshine Lengan Panjang RM 180.00

Pakaian Kemeja Lelaki : Kain Sutera Creepe Dshine Lengan Panjang RM 180.00
Pakaian Wanita : ( Tidak Termasuk Harga Jahit ) Kain Sutera Creepe Dshine RM250.00


Lain-Lain Jenis Kain
( Pakain Lelaki ) : Kain Cotton Lawn Lengan Panjang RM95.00
: Kain Sutera Satin Lengan Panjang RM190.00

( Pakaian Wanita ) : Kain Cotton Lawn RM120.00
: Kain Sutera Satin RM250.00
( Pakaian Wanita tidak termasuk upah jahit )

Sebarang pertanyaan atau tempahan bolehlah diajukan kepada Encik Mohd Shahron Bin Mat Desa atau Puan Hajah Nor Rashidah Binti Ahmad ditalian 06-5591188

~ Belilah Barangan Kraf Buatan Malaysia ~

June 27, 2011

Minggu Pesta Makanan Dan Kebudayaan Terengganu


Majlis Perasmian
Minggu Pesta Makanan Dan Kebudayaan Negeri Terengganu
Disempurnakan Oleh
T.Y.T Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob
Yang di-Pertua Negeri Melaka
25 Jun 2011

Pesta Makanan Dan kebudayaan Negeri Terengganu yang bermula dari 25 hingga 30 Jun 2011 ini merupakan anjuran bersama Pengurusan Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu dan Hotel Seri Malaysia, Melaka. Penganjuran pesta ini merupakan lanjutan Pesta Makanan dan Kebudayaan Melaka yang telah berlangsung pada 10 hingga 16 Jun yang lalu di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu. Pesta ini bertujuan mempromosikan industri pelancongan kedua-dua negeri yang terlibat dalam memperkenalkan keunikan makanan, kebudayaan dan produk masing-masing kepada masyarakat.

Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka turut mengambil bahagian dalam pesta di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu yang lalu dengan membawa usahawan dari Syarikat Kraf Rotan Ishak (anyaman rotan), Sparkle Beads(sulaman kasut manik), Gasing Lagenda (gasing), Paling Atas Enterprise (songkok) dan Bendang Studio (seramik).


Pada 24 Jun 2011 yang lalu turut diadakan ' Tourism Players Networking Dinner' di Hotel Seri Malaysia, Melaka. Majlis makan malam ini diadakan di Poolside, Hotel Seri Malaysia, Melaka.


Cenderamata yang diberikan kepada tetamu yang hadir.



Antara tetamu yang menghadirkan diri di majlis makan malam ini.


Majlis makan malam ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Datuk Chef Wan.

Majlis Perasmian Pesta Makanan dan Kebudayaan Negeri Terengganu dilancarkan oleh T.Y.T Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob. Beliau hadir bersama isteri, Toh Puan Zurina Binti Kassim.


Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Latiff Tamby Chik dan Pengerusi Lembaga Pengarah Rangkaian Hotel Seri Malaysia, Datuk Seri Doktor Shafie Salleh. Turut hadir, Pengerusi Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu Datuk Dr. Rosli Hassan, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Jabatan Ketua Menteri, Abd. Kadir Md. Idris, Pengurus Besar Hotel Seri Malaysia Melaka, Sazali Sabri dan Pengurus Besar Primula Beach Hotel Kuala Terengganu, Marzuki Husin.



T.Y.T Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob mencuba juadah citarasa terengganu yang dihidangkan.

Toh Puan Zurina Kassim turut mencuba hidangan yang disediakan.

Persembahan Kebudayaan Negeri Terengganu menghiburkan para tetamu ketika jamuan makan.

June 21, 2011

BT Rekacorak Batik Terap Kombinasi Batik Canting



Bengkel Bimbingan Teknikal
Rekacorak Batik Terap Kombinasi Batik Canting

( Teknik Imej Fotografi )

Bengkel Bimbingan Teknikal (BT) ini telah berlangsung di PKKM Cawangan Melaka pada 14 hingga 16 Jun 2011 yang lalu. Barisan tenaga pengajar terdiri daripada Encik Juhari Bin Azmi, Pereka Kanan Bahagian Rekaan Ibu Pejabat, Puan Khalijah Binti Mohd Noor, Pereka Bahagian Rekaan Ibu Pejabat, Encik Sukri Bin Mamat, Pengajar Kraf Ibu Pejabat serta Cik Sri Norhafeeza Binti Abdul Razak, Pereka Cawangan Negeri Selangor. Barisan urusetia pula diketuai oleh Cik Siti Fatimah Zaharah Binti Halim, Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Bahagian Usahawan Ibu Pejabat serta anggota kerja PKKM Cawangan Melaka.

Antara Usahawan Kraftangan yang menghadiri Bengkel BT ini terdiri daripada Usahawan Kraftangan Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Encik Juhari Azmi memberikan sepatah dua kata dan memeberikan sedikit info berkaitan Bengkel BT ini.

Sesi memilih rekaan berdasarkan kepada gambar sedia ada.

Setelah rekaan dipilih, gambar tersebut seterusnya di photostat bagi mendapatkan imej yang dikehendaki.


Gambar-gambar yang telah diphotostatkan, dibesarkan mengikut saiz yang dikehendaki dan seterusnya ditampal antara satu sama lain.

Rekaan seterusnya ditekap di atas kain menggunakan canting melalui teknik menitik lilin ke atas gambar rekaan.











NNS De Clothing (Melaka) menekap rekaan beliau, bermotifkan Zirafah.



Setelah selesai mencanting, proses mewarna dilakukan keatas kain. Syarikat Creative Indigo Enterprise (Melaka)



Ras Batik (Melaka) bersama hasil kerja beliau, Ikan Koi.

Batek Comell Collection (Melaka) bersama pelajar praktikal dari UITM dan UTM menyiapkan hasil kerja mereka.




Hajah Nor Rashidah, Pereka PKKM Cawangan Melaka bersama-sama pelajar praktikal UMS disamping hasil kerja mereka.

Proses mematikan warna menggunakan silicate.

Majlis penutup dihadiri oleh Encik Ibrahim Bin Ismail, Pengarah Bahagian Usahawan Ibu Pejabat serta Encik Yusak Bin Haji Mahamud, Pengarah Bahagian Rekaan Ibu Pejabat.

Para usahawan menunjukkan hasil kerja masing-masing disamping memberikan penerangan mengenai motif, warna dan konsep yang dipilih.




Wakil Usahawan Encik Munir dari Syarikat DIMU memberikan ucapan.

Encik Ibrahim Bin Ismail memberikan ucapan dan seterusnya menutup Bengkel Bimbingan Teknikal Rekacorak Batik Terap Kombinasi Canting ( Teknik Imej Fotografi ) di PKKM Cawangan Melaka bagi tahun 2011. Majlis Penutup Bengkel BT ini diakhiri dengan acara penyampaian sijil penyertaan dan cenderamata kepada Encik Ibrahim Ismail.