March 29, 2011

Lawatan Dari Sekolah Kebangsaan Ayer Molek, Melaka


PENDIDIKAN KRAF MEWARNA SERAMIK
SEKOLAH KEBANGSAAN AIR MOLEK
di
PKKM CAWANGAN MELAKA.
29 MAC 2011


Rombongan dari Sekolah Kebangsaan Ayer Molek tiba sekitar jam 12.30 tengahari di perkarangan PKKM Cawangan Melaka. Seramai 40 orang murid lelaki dan perempuan darjah 4 dan 5 mengikuti rombongan ini yang diiringi 3 orang guru. Ikuti bingkisan yang telah disediakan untuk tatapan pengunjung Blog PKKM Cawangan Melaka.


Persiapan bengkel oleh anggota kerja PKKM beserta pelajar Praktikal, Cik Siti Fariza dan Cik Azilah.





Penat nampaknya Cik Siti Fariza..


Pereka Kraftangan Cawangan Melaka, Cik Nik Siti Dalila



Murid murid mengunjungi Galeri PKKM Cawangan Melaka.



Penat juga adik ni..


Amboi SMS sempat lagi..



Murid-murid berkumpul dihadapan Galeri sebelum bergerak ke Bengkel B3.






Bengkel B3 sebelum aktiviti dijalankan..



Memikirkan rekaan yang bersesuaian..





Cik Siti Fariza bertemu 'adik'nya..






Tekunnya...







Guru Pengiring turut tidak melepaskan peluang menunjukkan bakat.






Puan Khairal Mashita turut serta mencurahkan ilmu beliau.


Cik Nik Siti Dalila, Pandainyer....



Sambil berbual, kerja jangan dilupa, nanti tak siap pula..




Hasil kerja tangan murid-murid..


Semua murid-murid berpuas hati dengan rekaan masing-masing.




Sebelum balik, cuci berus dan plate warna dulu.


SEKIAN, Tamat

March 28, 2011

Ceramah Agama Bulanan


CERAMAH AGAMA BULANAN
MENCARI KEBERKATAN DALAM KERJA
25 MAC 2011 JUMAAT ( 12 RABIULAWAL 1432 HIJRAH )
Ustaz Tuan Haji Suboh bin Masoom dari S.M.A Paya Rumput
di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka.


Kedatangan Ustaz Tuan Haji Suboh bin Masoom disambut oleh Encik Ahmad Shukri Alias



Cik Aslindawati selaku pengacara Majlis Ceramah.






Anggota Kerja PKKM mendengar dengan penuh minat dengan ceramah yang disampaikan.


Ustaz Tuan Haji Suboh menjamu selera ditemani Encik Ahmad Shukri Alias.



Anggota kerja PKKM turut menjamu selera.




~ INTIPATI CERAMAH ~


Allah s.w.t. telah mengutuskan Nabi Muhammad S.A.W dengan membawa agama yang suci lagi penuh kelapangan dari syariat yang lengkap yang menjamin bagi manusia kehidupan bersih lagi mulia. Dalam tempoh 23 tahun, Rasullullah telah berjaya menyeru manusia kepada Allah dan berjaya menyatukan ummat.


Dalil Al-Quran:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ .
Ertinya: Setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Maksud Hadith Rasulallah S.A.W :


اذَا ماتَ اِبْنُ الأَدَمِ فَاْنقَطَعَ عَمَلُهُ الاَّ ثَلَاثَةً , صَدَقَةً جَارِيَةً أو عِلْمٌ يُنْتَفَعُ بِهِ أو وَلَدٌ صَالِحٌ يُدْعَلَهُ .

Ertinya: Apabila matinya anak Adam maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara; sadaqah jariah dan ilmu yang bermanfaat baginya serta doa anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.

البقرة أية 62

مَنْ أمَنَ باللهِ واليومِ الأخِرِ وعَمِلَ صَالِحًا فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ ولا خَوْفٌ

عَلَيْهِمْ ولا هم يَحْزَنُوْنَ .

Ertinya: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat dan beramal soleh maka bagi mereka pahala dari Tuhan mereka dan mereka tidak merasa takut pada diri mereka dan mereka tidak bersedih hati.

سورة النحل أية 97

مَنْ عَمِلَ صَالِحاً مِنْ ذَكَرٍ أو أُنْثَى وهو مُوْءمِنٌ فَلَنُحِيَيْنَّهُ حَياَةً طَيْبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِاِحْسَنِ ما كانوا يَعْمَلُوْنَ .

Ertinya: Sesiapa yang melakukan amal yang soleh samada lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman , maka sesungguhnya Kami (Allah) akan memberi kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami (Allah) beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.

سورة النساء أية 58

اِّنَ اللهَ يأمُركُم أن تُوئَدّوُا الامانَتِها الى أهلِها واذا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَاسِ أن تَحْكُمُوا بِالعَدْلِ ان الله نَعِمَا يَعِظُكُمْ به ان الله كان سَمِيْعاً بَصِيْراً .

Ertinya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada ahli kamu dan menyuruh kamu mantapkan hukum di antara kamu supaya kamu menghukum dengan adil, sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu, sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha melihat.

Menurut Imam Al-Ghazali – Kitab Ihya Ulumuddin.

1. JAGA HATI


Terbahagi kepada 3.


i.) Satukan hati dengan ketaqwaan.Bersih dan suci daripada kejahatan akhlak.


Surah Al-Laili ayat 7.

فأمّاَ مَنْ أَعْطَى وَاتّقَى وَصَدّقَ بِالحُسْنَى فَسَنُيَسْرهُ لِلْيُسْرَى .


Ertinya: Sesiapa yang memberi untuk kebaikan dan memelihara diri daripada kejahatan dan mempercayai yang baik. Kami (Allah) akan memudahkan kepadanya jalan yang mudah.

سورة الرعد – اية 28

آلآ بِذِكْرِ اللهِ تَطْمَئِنَّ القُلُوْب .

Ertinya: Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram.


ii.) Hati yang terhina dengan sebab hawa nafsu yang kotor dengan akhlak yang tercela terbukalah semua pintu syaitan dan tertutup pintu Malaikat.


iii.) Hati yang kelihatan padanya ada gurisan hawa nafsu lalu di ajak kepada kejahatan.


2. JAGA AKHLAK


Akhlak pada keseluruhannya adalah baik, maka ia kembali kepada kelurusan kuat akal dan sempurnanya hikmah dan kepada kelurusan kuatnya ammarah dan nafsu keinginan. Apabila adanya sifat-sifat ini ia akan patuh kepada akal dan agama.


Berhasilnya akhlak ada 2 cara.
  1. Dengan kurniaan Allah dan sempurnanya pada fitrah (kejadian) di mana manusia itu dijadikan dan dilahirkan dengan akal yang sempurna. Akhlak yang baik yang mencakupkan keinginan nafsu syahwat dan ammarah. Maka jadilah manusia itu berilmu tanpa belajar, terdidik tanpa pendidikan. Contoh: Esa anak Maryam dan Yahya anak Zakaria mereka mendapat Rahmat Allah.
  2. Akhlak itu diusahakan dengan mujahadah, ini bermakna membawa diri kepada perbuatan yang dikehendaki oleh akhlak. Sesiapa yang ingin dirinya berhasil dengan akhlak tawadu’ iaitu rendah diri, tidak sombong hendaklah ia sentiasa mendekatkan dirinya terhdap Allah S.W.T. Ianya akan melahirkan orang yang pemurah yang sentiasa membelanjakan hartanya ke jalan Allah. Juga melahirkan orang mesra enak dengan sifat rendah diri.


Hadith Rasullullah S.A.W 

خَيْرُ النَاسِ مَنْ طالَ عُمْرُهُ وحَسُنَ عَمَلُهُ , وشَرَّ الناسِ مَنْ طالَ عُمْرُهُ وَسُوْءَ عَمَلُهُ.

“Sebaik-baik manusia yang panjang umurnya dan baik amalannya, dan sejahat-jahat manusia yang panjang umurnya dan buruk amalannya".

STRATEGI KECEMERLANGAN HIDUP


1. Mempunyai Ilmu Pengetahuan
2. Mempunyai sifat keyakinan diri
3. Mempunyai jiwa pengorbanan yang kental
4. Mempunyai sifat gigih berusaha
5. Mempunyai sifat keazaman yang kuat
6. Mempunyai sifat keupayaan
7. Mempunyai sifat sabar


Khalifah Umar Al-Khatab


“Kita adalah golongan yang dimuliakan Allah dengan Islam, andaikata kita mencari kemuliaan dengan yang lain daripada Islam, Allah akan timpakan kehinaan ke atas kita”.


PENUTUP


  1. Islam adalah satu cara hidup yang cukup unik lengkap dan amat menjamin kehidupan di dunia dan di akhirat.
  2. Islam adalah Ad Deen yang mencakupi seluruh bidang kehidupan.
  3. Islam mestilah diterima secara total tanpa ada sikap menerima sebahagian dan menolak sebahagian.
  4. Semoga kita dikurniakan Allah kekuatan Hidayah dan Petunjuk untuk mencegah dan merawat ummat masa kini.
PENGAJARAN DARI CERAMAH AGAMA BULAN MAC 2011


Selain dari mencari rezeki untuk menjalani kehidupan di mukabumi Allah ini adalah kita diwajibkan mencari keberkatan dalam apa saja usaha kita untuk memperolehi rezeki. Perkara yang perlu diamalkan semasa bekerja atau mencari rezeki adalah:
  1. Niat kerana Allah S.W.T
  2. Amanah / berintegriti
  3. Bertanggungjawab
  4. Berbudi Bahasa
  5. Ceria
  6. Suka membantu / menolong
  7. Ikhlas