January 31, 2011

BT Batik Sempena HKK 2011

Bengkel Bimbingan Teknikal (BT) Pewarnaan Batik
Untuk Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2011
Di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka
Pada 28 hingga 30 Januari 2011.



Bengkel BT ini disertai kira-kira 40 Orang Pengusaha Kraf Batik seluruh Malaysia kecuali Pengusaha Kraf Batik dari Pantai Timur. PKKM Cawangan Melaka dipilih sebagai tuan rumah dan merupakan destinasi ketiga selepas Bengkel BT Pewarnaan Batik di Negeri Kelantan dan Negeri Terengganu.


Bengkel BT Pewarnaan Batik ini dimulakan dengan sedikit penerangan yang disampaikan oleh En. Juhari Azmi selaku Pereka Kanan Unit Tekstil Ibu Pejabat berkenaan tema warna sempena HKK 2011 iaitu Retro Colour.


Seterusnya penerangan daripada En. Yus Faizal Abdul Rahim selaku Pereka Bahagian Rekaan Ibu Pejabat berkenaan rekaan dan skema warna retro sebagai panduan untuk digunakan sepanjang bengkel ini berlangsung.


Puan Hajah Rodziah Md. Yusoff selaku Timbalan Pengarah Bahagian Rekaan Ibu Pejabat menyampaikan penerangan berkaitan trend fesyen masakini.


Peserta ( Pengusaha Kraf Batik ) bengkel dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut skema warna retro. Setiap peserta perlu membuat dua rekaan iaitu satu rekaan untuk kemeja dan satu rekaan untuk pareo dengan menggunakan skema warna yang telah diberikan.


Para peserta mula mencanting dan menghasilkan rekaan masing-masing pada hari pertama bengkel.


Pemantauan dilakukan oleh En. Juhari Azmi beserta Urusetia bertugas dalam memastikan para peserta mengikut skema warna dan rekaan yang dikehendaki mengikut tema retro.


Peserta menunjukan rekaan masing-masing yang hampir siap


Puan Roshaida Harun Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Kanan Bahagian Usahawan Ibu Pejabat selaku pengacara bagi majlis penutupan Bengkel BT Pewarnaan Batik pada hari terakhir bengkel berlangsung.


Pengarah PKKM Cawangan Melaka, En. Ahmad Fazil Zakaria turut menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis penutupan Bengkel BT Pewarnaan Batik ini.


En. Juhari Azmi turut menyampaikan sepatah dua kata dan memberi pandangan sepanjang berlangsungnya Bengkel BT Pewarnaan Batik ini.


Beberapa orang peserta ( Pengusaha Kraf Batik ) turut mengambil peluang menyampaikan pandangan, cadangan serta berkongsi pengalaman masing-masing ketika bersama-sama menyertai Bengkel BT Pewarnaan Batik di Melaka semasa majlis penutupan bengkel ini.


Majlis penutupan ini diserikan lagi dengan acara bergambar yang disertai para peserta bengkel, En Juhari, En Fazil ( Pengarah PKKM Cawangan Melaka ) serta Puan Roshaida.