November 24, 2011

Program Sehari Bersama Pemangkin Transformasi Kraf


SEHARI BERSAMA PEMANGKIN TRANSFORMASI KRAF


Sehari Bersama Pemangkin Transformasi Kraf diadakan dengan julung kalinya hasil buah fikiran daripada Puan Pengarah PKKM Cawangan Melaka iaitu Puan Aididah Binti Ibrahim. Program ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas daripada Pengusaha Kraftangan Melaka berkaitan kraf selain mengeratkan silaturahim antara anggota kerja PKKM Cawangan Melaka dengan Pengusaha Kraftangan Melaka itu sendiri.

Program ini berlangsung dengan jayanya dihadiri kira-kira 40 orang Pengusaha Kraftangan Melaka. Dimulakan dengan sesi taklimat oleh Puan Aididah, program diteruskan dengan sesi perkenalan usahawan dan sesi soal jawab diiringi pandangan dan pendapat oleh usahawan mengenai cadangan aktiviti bagi tahun 2012.



Sesi taklimat dan tayangan slide menerangkan serba sedikit mengenai kraftangan
yang disampaikan oleh Puan Aididah.




Puan Aididah Binti Ibrahim


Sebahagian daripada Pengusaha Kraftangan Melaka yang menghadiri program ini.






Puan Aididah bersama-sama Hajah Nor Rashidah beserta En. Mohd Shahron semasa sesi berkongsi pendapat, cadangan serta pandangan oleh para pengusaha kraf.


Cik Nurul Ain Binti J. Joharie dari Syarikat Hibiscus Art Enterprise
( Logam/ Pewter )


Puan Kamsiah Binti Md Kassim dari Syarikat Sabenar Sinar Enterprise
( Anyaman Rotan )


Puan Maszni Binti Abdul Aziz dari Syarikat Spackle Beads Enterprise
( Sulaman Kasut Manik )


Puan Asmah Binti Abdullah dari Comell Batek Collection
( Batik- Natural Dye )


Program Sehari Bersama Pemangkin Transformasi Kraf berakhir kira-kira jam 1.30 petang.
Diharapkan usaha yang telah dilakukan oleh PKKM Cawangan Melaka untuk memajukan lagi Pengusaha Kraf Melaka ke arah menjadi Pemangkin Transformasi Kraf dapat dilaksanakan dengan jayanya.

November 23, 2011

Bengkel Kemahiran Seni Mencanting Batik Melaka


BENGKEL KEMAHIRAN SENI
ANJURAN JABATAN KESENIAN KEBUDAYAAN NEGARA (JKKN) NEGERI MELAKA
DENGAN KERJASAMA PKKM CAWANGAN MELAKA
19 NOVEMBER 2011













November 04, 2011

Pengarah Baru Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka



Pengarah
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka






20 Oktober 2011 PKKM Cawangan Melaka menerima Pengarah baru iaitu Puan Aididah Binti Ibrahim. Puan Aididah menggantikan Pengarah PKKM Cawangan Melaka iaitu Encik Ahmad Fazil Bin Zakaria yang menggalas tugas baru sebagai Pegawai Ehwal Ekonomi di Bahagian Strategi Korporat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Selamat datang dan selamat bertugas diucapkan kepada Puan Aididah dan selamat bertugas kepada Encik Ahmad Fazil dari warga PKKM Cawangan Melaka dan Usahawan Kraftangan Melaka.

October 03, 2011

Selamat Pengantin Baru Linda


MAJLIS PERKAHWINAN
MOHAMAD FAREEZ BIN SULAIMAN & NUR ASLINDAWATI BINTI ROSLI
AHAD 02 OKTOBER 2011
4 ZULKAEDAH 1432 HIJRAH
DEWAN TUN HAMDAN SHEIKH TAHIR, WISMA SEJARAH, KUALA LUMPUR

Sekitar Majlis Persandingan
Fareez & Linda ( Pegawai Khidmat Pelanggan PKKM Cawangan Melaka )

























September 08, 2011

Promosi Kraf Malaysia Di Mahkota Parade

PROMOSI KRAF MALAYSIA PERINGKAT NEGERI MELAKA 2011
MAHKOTA PARADE, BANDA HILIR MELAKA
12 HINGGA 24 OGOS 2011


Dekorasi Pentas Utama dan Booth Jualan bertemakan Arabic. Sangat menarik bagi menimbulkan lagi mood Hari Raya.


Syarikat Gasing Lagenda Enterprise mengambil bahagian dalam aktiviti jualan kali ini. Gasing hasil buatan tangan Encik Rimy Azizi Ab. Karim boleh didapati dalam pelbagai saiz, bentuk, kegunaan malahan terdapat juga gasing yang diolah menjadi produk pelbagai guna. Turut dijual gasing yang digunakan sebagai permainan, hiasan rumah, cenderamata korporat dan tidak ketinggalan dalam bentuk Key Chain.


Hasil Batik Canting dan Batik Blok keluaran Syarikat MIFA Batek yang merupakan peserta Inkubator PKKM Cawangan Melaka mula mendapat perhatian. Produk yang dihasilkan menggunakan warna-warna garang yang menarik perhatian pengguna dalam dan luar negara. Antara produk terlaris syarikat kelolaan empunya nama Tuan Abdul Fatah Bin Tuan Yaakob ini adalah Kain Pasang, Pario, Kemeja lelaki, Blouse Wanita dan produk cenderamata seperti Poskad Batik dan lain-lain.


AJ Nadi Sdn Bhd syarikat Puan Rosmah Mustaffah menyediakan produk berasakan pewter yang terdiri daripada aksesori wanita seperti kerongsang, dokoh, rantai, cucuk sanggul, pin dan sebagainya. Terdapat juga produk cenderamata korporat, hiasan rumah selain perhiasan diri wanita dan lelaki.


GM Choo Art Gallery tidak ketinggalan mengikuti promosi kali ini dengan mempamerkan kehalusan hasil lukisan batik oleh Encik Choo Git Man. Lukisan batik beliau boleh didapati dalam pelbagai saiz iaitu dalam saiz penanda buku, poskad, frame dan sebagainya. Pelbagai motif lukisan batik beliau menarik perhatian ramai. Antaranya panorama Banda Hilir, Melaka yang memaparkan suasana kehidupan masyarakat Melaka.


Encik Alwi dari Syarikat Alwi Batik, Kelantan turut berpeluang menyertai promosi ini. Beliau menjual produk berasaskan Batik Canting dan Batik Blok iaitu Kain Pasang,Kemeja Lelaki, Baju Kurung Wanita serta hasil Tenunan Songket.

Ras Batik sentiasa mengekalkan identiti motif rekaan beliau yang tersendiri. Hasil kerja Encik Rasli Tumin boleh didapati dalam bentuk Baju Kemeja Lelaki, Blouse Wanita, Pakaian Kanak-kanak, Kain Pasang dan sebagainya.


De' Legend Craft Enterprise menghasilkan produk aksesori yang terdiri daripada hiasan diri wanita dari hujung rambut ke hujung kaki. Selain itu turut terdapat cenderamata untuk pelbagai golongan dan hiasan kediaman. kepada yang berminat bolehlah menhubungi Encik Mohamad Azrai Husin.


Turut dipamerkan adalah bakul Anyaman Rotan hasil kerja peserta-peserta Latihan Jangka Pendek (LJP) Anyaman Rotan 2011. PKKM Cawangan Melaka melantik Encik Ishak Kassim dari Syarikat Kraf Rotan Ishak sebagai tenaga pengajar selama 6 bulan.


Aktiviti Mewarna Batik pada promosi kali ini amat mendapat perhatian. Peserta terdiri daripada pelbagai peringkat umur tanpa mengira Bangsa, Agama dan Warna Kulit.


Pengunjung dari Korea yang datang melancong ke Melaka tidak melepaskan peluang mencuba mewarna Batik Canting yang dicanting oleh Encik Mahadi.

Pengunjung dari Arab Saudi turut tidak ketinggalan mencuba bakat mewarna Batik Canting. First Time katanya.


Suasana dari tingkat atas menyaksikan para peserta tekun menyiapkan hasil kerja masing-masing. Para pengunjung juga tidak melepaskan peluang melihat.


Kanak-kanak tidak ketinggalan meluangkan masa mewarna batik sementara menunggu ibu bapa membeli belah untuk persiapan Hari Raya.

Antara hasil peserta yang melibatkan diri.


Promosi ini turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan oleh JKKN Melaka yang menyajikan persembahan yang menarik dan mantap walaupun ketika Bulan Ramadhan.

Pengunjung terpegun dengan persembahan yang diberikan.


Persembahan 1Malaysia yang menggabungkan pelbagai jenis tarian kebudayaan Malaysia menarik perhatian para pengunjung

Semoga Promosi seperti ini akan dapat diadakan setiap tahun bagi mempromosikan Barangan Kraftangan Malaysia selain menambahkan pendapatan pengusaha Kraftangan Melaka khususnya disamping mempromosikan Negeri Melaka sendiri.