November 10, 2010

Lawatan Dari SMK Bukit Saujana, Port Dickson, Negeri Sembilan

AKTIVITI PENDIDIKAN KRAF ANYAMAN ROTAN SMK BUKIT SAUJANA, PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN DI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN MELAKA 10 NOVEMBER 2010.



Kehadiran 37 orang pelajar dengan diiringi 5 orang guru SMK Bukit Saujana, Port Dickson tiba diperkarangan Kraftangan tepat jam 9.45 pagi disambut mesra oleh Kakitangan PKKM Cawangan Melaka, Puan Khairal Masita Ibrahim.



Selepas bersarapan para pelajar dan guru dibawa melawat ke bilik pameran kraf PKKM Cawangan Melaka.

Aktiviti pendidikan kraf anyaman rotan ini diketuai oleh En. Adenan Ibrahim selaku tenaga pengajar.







Turut serta Cik Siti Aishah selaku pembantu pengajar serta Puan khairal Masita sempena aktiviti anyaman rotan ini.


Kenangan para peserta dengan hasil kerja masing-masing diabadikan dihadapan perkarangan PKKM Cawangan Melaka bersama tenaga pengajar dan kakitangan bertugas.