October 19, 2010

BT Anyaman Rotan Peringkat Zon Selatan

Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Rotan,Peringkat Zon Selatan
17 hingga 22 Oktober 2010
Shah's Beac
h Resort, Tanjung Kling, Melaka.


Proses menimbang rotan sebelum bermulanya bengkel untuk dibahagikan kepada berat yang telah ditetapkan. Rotan diasingkan mengikut berat tertentu untuk memudahkan proses mewarna.

Proses mewarna rotan dijalankan dengan berhati-hati bagi mengelakkan rotan rosak dan warna bertompok.

Selepas proses mewarna, rotan dibilas menggunakan air bersih sebelum dikeringkan.

Sesi taklimat bengkel disertai Pegawai Bahagian Usahawan Ibu Pejabat PKKM Kuala Lumpur, En. Mat Rasul Sidek. Turut serta Tenaga Pengajar En. Ishak Kassim serta pembantu pengajar Cik Siti Hafidzah Arshad.

En.Ishak menyampaikan penerangan sambil diperhatikan oleh Cik Siti Hafidzah kepada para peserta bengkel sebelum bermula.

Peserta menyiapkan hasil kerja masing-masing dengan tekun. Antara teknik yang diterapkan semasa bengkel ini adalah seperti teknik Anyaman Sisik Ikan, Anyaman Siul dan Anyaman Siku Keluang Mengiring


Cik Siti Hafidzah menunjukkan teknik Anyaman Siul pada bakul dobi.

En. Ishak menunjukkan Anyaman Siku Keluang Mengiring pada bakul dobi salah seorang peserta bengkel.

En. Shahron Mat Desa, Pegawai Bahagian Usahawan Kraftangan Melaka berbincang dengan salah seorang peserta diperhatikan oleh Cik Siti Aishah Kasa, Kakitangan Bahagian Usahawan PKKM Cawangan Melaka.


October 04, 2010

Jamuan Aidilfitri Agensi KPKK Negeri Melaka

Jamuan Aidilfitri Agensi-Agensi Di Bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia, Peringkat Negeri Melaka Pada 29 September 2010 Bertempat Di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Melaka, Ayer Keroh

. 
Majlis ini yang bermula sekitar jam 8.00 malam sehingga jam 11.00 malam dihadiri kira - kira 1,000 orang tetamu. Setiap jabatan menghiaskan gerai masing-masing serta menghidangkan juadah yang telah ditetapkan.

 
Gerai kraftangan menyajikan menu pencuci mulut seperti Tapai, Buah - buahan dan Dadih yang disediakan oleh Pn. Hajah Aminah dan Cik Siti Aishah kakitangan Kraftangan Cawangan Melaka, serta usahawan yang membekalkan tapai pulut (Tapai Pulut Sarimah) Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.

Isteri Speaker Dewan Undangan Negeri Datin Wira Halimah Bt. Baba turut menyampaikan duit raya kepada kanak - kanak dan cenderahati kepada pemenang cabutan bertuah.


 
Acara dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian dari artis Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Melaka serta persembahan nyanyian dari artis - artis Program Penyerlahan Bintang JKKN Melaka.

 
Pengarah Kraftangan Negeri Melaka Encik Yazid Parlan dan kakitangan Encik Mohammad tidak ketinggalan pada malam itu turut menyampaikan sebuah lagu menghiburkan tetamu yang hadir.

October 01, 2010

Lawatan YBhg. Ketua Pengarah Ke Tapak Cadangan Kompleks Kraf Melaka


Lawatan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Ke Tapak Cadangan Pembinaan Kompleks Kraf Melaka Di Ayer Keroh, Melaka
Pada 24 September 2010.






Ketua Pengarah, Encik Mohd Kamil B. Mohd Ali ketika mengadakan lawatan tapak sebelum kerja- kerja pembinaan dimulakan bersama-sama kontraktor pembinaan, diiringi Pengarah Kraftangan Melaka, Encik Yazid B. Parlan, kontraktor, Juru Perunding dan kakitangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.