August 30, 2010

Aktiviti Sepanjang Promosi Kraf Malaysia Di Dataran Pahlawan



AKTIVITI YANG BERLANGSUNG SEPANJANG PROMOSI KRAF MALAYSIA PERINGKAT NEGERI MELAKA 2010.




Interaktif Kraf Mewarna Batik.



Tayangan Percuma Untuk Pengunjung Berkaitan Tentang Kraftangan Dan Hasil Kerja Usahawan Kraftangan.



Pertandingan Mewarna Seramik Yang Sedang Diadili Oleh Juri.



Interaktif Kraf Mewarna Seramik.



Interaktif Kraf Mewarna Kipas Kertas Terbuka Untuk Semua Golongan.



Permainan Dam Aji dan Permainan Congkak Untuk Pengunjung Turut Disediakan.





Pertandingan Mewarna Batik Yang Disertai OlehPelbagai Peringkat Umur dan Berbagai Kaum.



Persembahan Kebudayaan Oleh Penari Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara Negeri Melaka.



Demonstrasi Anyaman Rombong dan Bakul Telur Oleh Kumpulan Nelayan Wanita ( KUNITA )

Puan Amnah Binti Abdulla dan Puan Rosilah Binti Sarlan.


Demonstrasi Mencanting Batik

Oleh Cik Nadia Najib Dari Syarikat NNS De Clothing

August 25, 2010

Promosi Kraf Malaysia Di Dataran Pahlawan




PROMOSI KRAF MALAYSIA 2010
DATARAN PAHLAWAN MEGAMALL, BANDA HILIR, MELAKA
26 HINGGA 31 OGOS 2010

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

August 24, 2010

Promo Promosi Kraf Malaysia Di Dataran Pahlawan


Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan mengadakan aktiviti Promosi Kraf Malaysia 2010 yang akan bermula pada 26 Ogos hingga 31 Ogos 2010, bertempat di Concource Area, Dataran Pahlawan Megamall, Bandar Hilir, Melaka bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Promosi Kraf Malaysia 2010 adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat setempat dan para pelancong tentang program dan aktiviti yang dijalankan oleh Kraftangan Malaysia disamping membantu meningkatkan jualan produk kraf usahawan terutamanya produk kraf seperti batik, ukiran kayu, seramik, aksesori dan perhiasan diri, anyaman rotan dan mengkuang dan lain-lain lagi. Seramai 20 orang pengusaha kraf akan menyertai aktiviti jualan kraf tersebut, manakala 2 orang pengusaha kraf akan mengadakan aktiviti Demonstrasi Anyaman Rombong/ Bakul Telur dan Demonstrasi Sulaman Kasut Manik serta Interaktif Kraf Mewarna Batik, Mewarna Atas Seramik dan Mewarna Atas Kipas . Para pengunjung juga boleh mendapatkan Baju Batik 1Malaysia serta Cenderamata 1Malaysia disamping membeli produk-produk kraf yang bersesuaian dimana boleh dijadikan perhiasan rumah dan diri atau dijadikan cenderahati sempena Hari Raya Aidilfitri.

Bagi menarik kedatangan pengunjung, sepanjang program berlangsung turut diadakan pertandingan mewarna batik, mewarna atas pasu/tabung seramik dan mewarna atas kipas. Para peserta akan dapat merasa dan mencuba sendiri serta boleh membawa balik produk yang dihasilkan tersebut dengan percuma. Bagi menambah serta memeriahkan suasana hari raya dan bulan kemerdekaan, para pengunjung akan dihiburkan secara langsung oleh tarian serta persembahan kesenian dan kebudayaan dari Negeri Melaka sepanjang aktiviti berlangsung. Turut disediakan beberapa permainan tradisional seperti Congkak dan Dam Aji untuk para pengunjung.

Oleh itu, diharap para pengunjung dapat datang dan membeli produk yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan . Adalah menjadi harapan, agar produk kraf tempatan dapat memenuhi kehendak pasaran domestik, pelancong dan sektor korporat dalam & luar negara. Selain itu, peluang perniagaan kepada usahawan kraf melalui program ini diharap dapat menyemarakkan kesedaran dan minat cintakan kraf tempatan di kalangan masyarakat Malaysia amnya.-Tamat http://www.kraftangan.gov.my

August 23, 2010

Promosi Kraf Malaysia Di Mahkota Parade

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2010
MAHKOTA PARADE, BANDA HILIR, MELAKA
13 HINGGA 22 OGOS 2010


Jualan Produk Kraf Pewter Oleh Syarikat De' Legend Craft Enterprise. Produk-Produk Yang Dihasilkan Meliputi Barangan Perhiasan Diri, Aksesori Wanita, Hiasan Rumah, Cenderamata Dan Sebagainya.

Jualan Produk Kraf Batik Oleh Syarikat Batik Selat. Produk-Produk Yang Dihasilkan Antaranya Kain Pasang, Baju Kurung Batik, Kemeja Lelaki Batik, Blous, Busana Muslimah Dan Sebagainya.


Jualan Produk Kraf Pewter Oleh Syarikat AJ Nadi Sdn Bhd. Produk-Produk Yang Dijual Meliputi Aksesori Wanita, Barangan Perhiasan Diri, Cenderamata Dan Sebagainya.


Jualan Produk Kraf Batik Oleh Syarikat Ras Batik. Produk-Produk Yang Dijual dan Dipamerkan Antaranya Kemeja Batik, Blous, Baju Batik 1 Malaysia, Cenderamata Batik dan Lukisan Batik.


Aktiviti Mewarna Batik Kit Yang Disertai Oleh Pelbagai Peringkat Umur Tanpa Mengira Agama Dan Keturunan. Antara Peserta Yang Mengambil Bahagian Datangnya Dari Keluarga Bangsa Cina, India, Melayu, Portugis, Dan Tidak Ketinggalan Pelancong Asing Dari Itali Turut Mengambil Bahagian. Ada Juga Peserta Dari Luar Melaka Seperti Dari Kuala Lumpur, Johor Dan Negeri Sembilan.


Aktiviti Mewarna Kit Ini Yang Dijalankan Secara Percuma Kepada Orang Ramai Turut Diserikan Lagi Dengan Acara Demonstrasi Mencanting Dan Mewarna Batik Oleh En. Rasli Bin Tumin, Pengurus Syarikat Ras Batik.


Beberapa Hasil Tangan Peserta-Peserta Yang Mengambil Bahagian. Batik Yang Telah Siap, Boleh Dibawa Pulang Oleh Peserta Sebagai Tanda Kenang-Kenangan.

August 18, 2010

Aktiviti Sepanjang Promosi Kraf Malaysia Di Mahkota Parade


Promosi Kraf Malaysia Mahkota Parade, Banda Hilir Melaka 
13 hingga 22 Ogos 2010


Demonstrasi Batik Canting oleh
En. Rasli Bin Tumin dari
Syarikat Ras Batik

Usahawan Pewter / Logam
Puan Rosmah Bt Mustaffah
AJ Nadi Sdn Bhd

Usahawan Batik Canting
Cik Azlina Bt Azlan
Batik Selat

Usahawan Pewter / Logam
En. Mohamad Azrai bin Husin
De Legend Craft Enterprise

Persembahan kebudayaan
oleh Penari-Penari Jabatan Kebudayaan
dan kesenian Negeri Melaka


August 17, 2010

Promosi Kerja Kahwin 2010


Produk Usahawan Kraftangan Melaka Sempena
Promosi Kerja Kahwin 2010 di
Kompleks Kraf Kuala Lumpur


Busana Akad Nikah daripada Usahawan Batik MRS Craft Collection


Bunga Pahar dan Bunga Hiasan Meja hasil gabungan Usahawan Batik :- NNS De Clothing ( Kelopak Bunga ), Usahawan Logam :- De Legend Craft Enterprise ( Aksesori Bunga ) dan usahawan Aneka Kraf :- D Tepak Sireh ( Bunga )