April 23, 2010

Hari Kraf Kebangsaan 2010


Kompleks Kraf Kuala Lumpur
24.02.2010 - 08.03.2010


Hari Kraf Kebangsaan merupakan satu aktiviti Promosi terbesar yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Promosi Hari Kraf Kebangsaan ( HKK ) merupakan aktiviti wajib pada setiap tahun.Kebiasaannya ia berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay

Pelbagai aktiviti seperti Jualan, Demonstrasi, Pameran dan bermacam-macam lagi aktiviti yang berlangsung disana



Pameran Produk Hiasan Dalaman Ukiran Kayu

Salah sebuah ruang Hiasan Dalaman Ukiran Kayu yang menarik untuk dijadikan sumber ilham di ruang rumah anda

Sebuah ruangan ukiran kayu pintu masuk yang cukup bernilai dan menarik

Panel Hiasan dinding bermotifkan alam semula jadi


Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
Pameran Produk Baru sempena Hari Kraf Kebangsaan 2010


Kotak Ukiran kayu motif bunga Kesidang yang unik dan mempunyai nilai yang tersendiri, menggabungkan bahan pewter dan batik sebagai dekorasi kepada produk ini

Beg Anyaman Rotan menggabungkan penggunaan bahan kulit sebagai bahan tambah nilai untuk produk beg tangan wanita ini

Beg Tangan anyaman mengkuang yang tampak eksklusif dan moden

April 21, 2010

Aktiviti Pendidikan Kraf Di MRSM Alor Gajah, Melaka

Pendidikan Kraf, MRSM Alor Gajah, Melaka
19-02-2010


Sesi pengenalan kepada pelajar-pelajar tentang teknik mencanting batik lukis oleh tenaga pengajar yang terlatih.


Pelajar-pelajar melukis sendiri motif yang diminati mengikut kreativiti
masing-masing.


Salah seorang tenaga pengajar yang terlibat dalam Aktiviti Pendidikan Kraf di MRSM Alor Gajah, Melaka sedang mewarna batik.



Antara hasil-hasil kerja tangan pelajar-pelajar MRSM Alor Gajah, Melaka