April 10, 2014

Selamat Datang Kakitangan Baru




Warga Kraftangan Melaka mengucapkan selamat datang kepada kakitangan baru iaitu:

1. Encik Syed Erwan Fahimy Bin Syed Omar Nasiry (Pereka B27)
2. Cik Intan Khadijah Binti othaman (Pegawai Khidmat Pelanggan N17)

Cik Intan Khadijah menggantikan Puan Asma yang telah meletakkan jawatan manakala Encik Syed Erwan Fahimy adalah pelantikan kakitangan baru. Pelantikan mereka berkuatkuasa pada 1 April 2014.

Semoga mereka berdua dapat memberi nafas baru kepada Kraftangan Malaysia khususnya Kraftangan Melaka dan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan Kraftangan Melaka.

April 09, 2014

Makluman Perpindahan Pejabat Kraftangan Melaka


MAKLUMAN PERPINDAHAN PEJABAT PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN MELAKA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa, pejabat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah berpindah di bangunan baru seperti alamat di bawah:

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Cawangan Melaka
Kompleks Kraf Melaka, Lebuh Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Tel: 06-253 1500  Faks: 06-253 1510

3.         Sehubungan itu, segala urusan rasmi berkaitan pejabat adalah seperti alamat dan talian tersebut di atas. Walaubagaimanapun
, aktiviti lawatan di Kompleks Kraf Melaka masih belum dibuka kepada orang ramai. Pihak kami akan memaklumkan sekiranya Kompleks Kraf Melaka telah beroperasi sepenuhnya nanti.

Sekian, terima kasih.




April 07, 2014

Selamat Pengantin Baru Encik Wan


Warga kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka mengucapkan selamat pengantin baru kepada Encik Mohd Ridzwan Bin Misran, Timbalan Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka yang telah selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya, Puan Rakinah Binti Mohd Sofi. Majlis Perkahwinan telah diadakan di Dewan MPOB, Kajang pada 22 Mac 2014 dan di rumah pengantin lelaki di Sungai Besar, Selangor pada 23 Mac 2014. Semoga perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat.






February 17, 2014

Bengkel Mencanting Batik


Pada 25 Januari 2014 yang lalu, telah diadakan Bengkel Mencanting Batik anjuran Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia (Motac) dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Bengkel dimulakan dengan acara perasmian oleh YBhg. Datuk Haji Khamis Bin Haji Abas, Pengurus Besar, Perzim. Turut sama hadir dalam acara perasmian ialah YBhg. Datuk Lim Chow Beng, Pengarah Motac Negeri Melaka bersama Puan Aididah Binti Ibrahim, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka.

Bengkel Mencanting Batik ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 3.30 petang dengan penyampaian sijil dan pemenang 3 peserta terbaik yang disampaikan oleh  Puan Aididah Binti Ibrahim bersama Cik Norzaifirah Binti Zaini, Kurator Unit Muzium Istana Kesultanan Melaka.

Seramai 101 orang peserta telah mengambil bahagian yang terdiri dari kalangan pelajar sekolah, pelajar IPTA, guru-guru, NGO dan orang perseorangan. Semoga bengkel ini dapat melahirkan pelapis yang mempunyai kecenderungan minat dalam penghasilan batik canting bagi memastikan warisan dan kebudayaan berkaitan batik terus kekal dan diwarisi sampai bila-bila.














February 11, 2014

Ceramah Badal Haji Dan Kaedah Alternatif Simpanan Haji


Ceramah Badal Haji Dan Kaedah Alternatif Simpanan Haji telah diadakan pada 6 Februari 2014 di Pusat Inkubator Kraf Alor Gajah. Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Norshahimy bin Saharudin itu telah dihadiri oleh kakitangan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka,  pekerja kebersihan dan usahawan inkubator.







January 27, 2014

Hari Keluarga Kraftangan Melaka 2013


Hari Keluarga Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka telah diadakan pada 10 dan 11 Januari 2014 bertempat di Damar Suria Resort, Pengkalan Balak, Masjid Tanah. 






















January 24, 2014

Majlis Penyampaian Sijil Latihan Jangka Pendek


Majlis Penyampaian Sijil Latihan Jangka Pendek (LJP) Anyaman Rotan dan Pembuatan Kasut telah diadakan pada 10 Januari 2014 bertempat di Damar Suria Resort, Pengkalan Balak, Masjid Tanah. Seramai 6 orang pelatih telah berjaya menamatkan latihan yang dijalankan selama 3 bulan iaitu 3 orang dalam bidang anyaman rotan dan 3 orang lagi dalam bidang pembuatan kasut. LJP Anyaman Rotan telah dibimbing oleh Encik Ishak bin Kassim, Adiguru Kraf Rotan manakala LJP Pembuatan Kasut pula telah dibimbing oleh Encik Juhari bin A.Rani, usahawan kraf kasut dari negeri Johor.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka di atas daya usaha, kegigihan dan kesabaran sepanjang mengharungi latihan. Syabas dan tahniah juga kepada pengajar yang tidak pernah kenal erti penat lelah dalam mencurah ilmu dan mendidik para pelatih sehingga berjaya.



LATIHAN JANGKA PENDEK ANYAMAN ROTAN





LATIHAN JANGKA PENDEK PEMBUATAN KASUT